Wednesday, December 5, 2012

Dah buat lawak pulakkkk...........dahhh!!!


Panik tak Panik UMNO nie nak tunjuk Islam punya pasai 'Lebai Cap Keris Bersilang' pun dah ada...!!!

Umno panik, wajah baharu hanya untuk hadapi 
PRU13Oleh AZIZ MUDA
KUALA LUMPUR: Para pemimpin dan ahli-ahli Umno kini ternyata begitu panik untuk menghadapi PRU13, sehingga terpaksa menukar identitinya daripada bersongkok hitam tinggi kepada berkopiah putih merah.

Perubahan yang mengejutkan itu dilakukan oleh mereka pada Perhimpunan Agung Umno 2012 di PWTC, di sini yang berlangsung dari 27 November hingga 1 Disember , bagi menonjolkan imej sebenar mereka yang kononnya sememangnya Islamik.

Bagaimanapun, menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, tanpa disedari oleh para pemimpin dan ahli-ahli Umno sendiri, perubahan tersebut akan menyebabkan mereka menjadi bahan ketawa orang ramai.

Heran! Heran! Wak memang bener2 heran, dulu semasa Wak jadi guru di sekolah, kerajaan BN ade kasi surat pekeliling arah kan guru besar melarang guru2 termasuk guru agama Islam dan staff sekelian tidak memakai kopiah@ketayap.

Yang sangat mengheran kan Wak tibe2 hari ni puak2 UMNO ni dah minat dengan memakai ketayap. Wak tak heran jika sekire nye tidak lame nanti ade pule arahan kepade semue kakitangan kerajaan BN/UMNO supaye pakai ketayap yang serupe dengan dalam photo di atas tu.

Jabatan2 kerajaan seperti polis, kastam, guru2, dan semua staff2 di jabatan kerajaan wajib pakai "ketayap UMNO".

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-