Followers

Sunday, January 27, 2013

Muhyiddin Yassin kate UMNO dah puleh, - berdasarkan laporan yang di terime ...................

Sunday, January 27, 2013

Kesedaran baharu rakyat Selangor untuk kembali sokong BN


SABAK BERNAM 26 Jan. - Kesedaran baharu telah wujud dalam kalangan rakyat negeri ini untuk memberikan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) setelah melihat banyak masalah berlaku di bawah pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, berdasarkan laporan yang diterima daripada setiap peringkat dan pertemuan dengan pemimpin-pemimpin tempatan, pihaknya mendapati sokongan rakyat kepada BN semakin baik''Ini adalah lawatan kerja yang biasa saya buat dan saya akan teruskan untuk meninjau keadaan yang ada di Selangor dan berjumpa dengan ramai rakyat dan warga Selangor.''Pada keseluruhannya, daripada laporan yang saya terima, nampaknya sokongan rakyat kepada BN adalah baik, kita sudah tahu laporan di peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Parlimen," katanya.

Di bawah ni ulasan dari Wak..........

Wak heran juge bile TPM ni kate UMNO dah pulih di Selangor. Andaian yang di buat nye berdasarkan dari 'laporan yang di terime'. Persoalan Wak sejauh mane kah keberaran 'laporan yang di terime' nye itu. TPM juge membuat andaian nye mengikut jumlah keramaian yang hadir menyambut beliau.

Boleh kah di terime laporan yang belum tentu soheh tu? Ianye tidak pernah di buat melalui ape2 kajian atau 'dip-stick' yang tertentu. Ade berkemungkinan andaian ni di buat berdasarkan ke ramaian yang datang menyambut se seorang menteri UMNO?

Kalau ini lah care yang di guna pakai, UMNO mesti membuat beberape peraturan terlebih dahulu:-

Pertame, Buat pengumuman sahaje tentang kehadirian pemimpin2 UMNO.

Kedua, Jangan sediakan pengangkutan percume, tiade makan dan minum, tiade elaun duit saku, tiade topi dan T shirt, dan segale2 nye tiade - hadir dengan secara suke rele.

Jike UMNO sanggup berbuat seperti di atas, kite lihat berape kerat sahaje penyokong2 UMNO yang sanggup datang menyambut kedatangan menteri2 nye.

Hal ini berlainan pule jike di bandingkan dengan pemimpin2 dari Pakatan Rakyat. Penyokong2 nye sanggup datang ber ramai2 menyambut pemimpin2 nye dengan se cara suke rele, mereke juge sanggup menghulurkan derme bagi membantu perjuangan nye.

Semangat perjuangan parti yang tidak pernah ujud dalam UMNO!