Wednesday, March 27, 2013

PRU-13 yang sangat membimbangkan UMNO.........


Akibat Ketakutan Najib, DUN N. Sembilan Bubar Otomotik Tengah Malam Ini

NEGERI SEMBILAN 27 MAC: Pertama kali dalam sejarah Malaysia, Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi DUN pertama terbubar secara automatik bermula tengah malam ini, ketika Parlimen masih belum dibubarkan.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri, DUN Negeri Sembilan akan bubar dengan sendiri kerana tiada pembubaran DUN dilakukan sebelum itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ampangan, Rashid Latiff menyifatkan pembubaran automatik ini ekoran ketakutan Perdana Menteri membubarkan Parlimen awal untuk berhadapan PRU 13.

“Bukan saja dalam sejarah Negeri Sembilan, malah di Malaysia, tak pernah terjadi DUN terbubar dengan sendiri. Ini kerana Datuk Seri Najib Razak tidak yakin untuk memenangi pilihan raya.

Wak heran kenape PM Najib takut sangat nak bubarkan parlimen. Kunun kate nye UMNO sudah pulih dan kuat, pade bile2 mase pun boleh lawan same itu Pakatan Rakyat. Lagi pun kunun nye PR sedang berhadapan dengan ber bagai2 masalah dalaman parti. 

Selain dari itu kunun nye sokongan dari kaum bukan melayu terhadap BN sudah pulih, sedangkan PR mengalami kehilangan sokongan dari orang melayu kerane isu menyokong kristian mengunakan kalimah Allah dalam kitab bible versi bahasa melayu.

Yang tambah menghairankan Wak, BR1M sudah due kali di berikan dan PM Najib juge berjanji akan terus memberi BR1M setiap tahun seterus nye. Selain dari BR1M, ber bagai2 jenis bantuan lagi telah di berikan kepade rakyat di seluruh negare.

Image UMNO/BN akan semakin bertambah buruk jike PRU-13 ini terus di liwat2 kan oleh PM Najib. Semakin ramai rakyat yang akan hilang kepercayaan nye terhadap kerajaan UMNO/BN.

1 comment:

  1. BIARKAN. TAK PERLU DESAK. SEMAKIN LAMBAT, SEMAKIN RAKYAT YG BELUM SEDAR AKAN MULA PERCAYA YG BN AKAN TUMBANG. KREDIT KPD PAKATAN RAKYAT MENUJU PUTRAJAYA.. IN SYA ALLAH.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-