Thursday, July 10, 2014

Betul ke ini jalan mudah nak jadi kaya.....?

Iklan ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia’ Di Pulau Pinang Akan Diturunkan
Posted by katak on July 6th, 2014


Iklan ‘Bakal Orang Terkaya Di Dunia’ Di Pulau Pinang Akan Diturunkan | Pada bulan Mei lalu, beberapa portal tempatan pernah melaporkan mengenai papan iklan gergasi yang memaparkan wajah seorang lelaki dengan ayat Bakal Orang Terkaya di Dunia – En. Zhang Jian yang dipamerkan di susur masuk dan keluar dari kedua-dua arah Jambatan Pulau Pinang.

Iklan tersebut sebenarnya mempromosikan perniagaan jualan langsung kumpulan jutawan ‘YSLM’ yang berpusat di China. Lelaki dalam gambar tersebut juga merupakan warga China yang tinggal di sana.

Yang terkini, rupa-rupanya perniagaan tersebut kini sudah diharamkan di negara itu dan Zhang pernah ditahan polis sebanyak lima kali di China.

Dia dipercayai terlibat dengan penipuan skim cepat kaya yang membuatkan 10,000 orang mengalami kerugian sebanyak RM20 juta.

Mereka yang berminat untuk menjadi jutawan segera hanya perlu membayar RM300 dan bakal mendapat pulangan sehingga RM6,800 sebulan.

Justeru, iklan tersebut bakal diturunkan selepas polis dan Majlis Perbandaran Seberang Perai menerima banyak laporan dan aduan daripada orang ramai yang curiga dengan iklan tersebut.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-