Thursday, October 16, 2014

Dosa UMNO...........

Di sini rupanya tersembunyi segala noda dan dosa Umno BN


Bekas menteri kewangan Tengku Razaleigh Hamzah mencadangkan agar Akta Rahsia Rasmi (OSA) dikaji semula bagi menangani masalah rasuah di negara ini.

Tokoh Umno itu juga berkata Akta Prosedur Kewangan 1957 juga perlu dikaji semula memandangkan akta tersebut memberikan kuasa mutlak kepada menteri kewangan.

"Saya minta supaya semak semula kerana OSA ada menyembunyikan ribuan dosa. Kalau benda itu melibatkan pembiayaan rasuah, saya rasa sesiapa boleh dedahkan.

"Kalau pendedahan tak betul, boleh dakwa. Janganlah segala-galanya mesti dirahsiakan.


"Saya tak marah kerajaan tapi ini adalah kelemahan yang ada dalam sistem kita, kerana kita salah guna kuasa yang ada. Saya tahu akta ini (Akta Prosedur Kewangan) kerana saya gunakan kuasa ini semasa saya di Kementerian Kewangan dulu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada forum Barah Ali Baba Di Bumi Malaysia di Kuala Lumpur hari ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-