Saturday, October 25, 2014

PAS berdepan 'musuh dalaman' kata penganalisis politik


PAS berdepan dengan musuh politik dalaman mereka sendiri yang disebabkan tertubuhnya. Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa). Mereka dikatakan tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.Penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) dilihat menjadi antara punca perpecahan dalaman PAS iaitu antara pendukung ideologi Islam dan Anwarinas.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial Universiti Sains Malaysia Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata PAS kini berdepan dengan 'musuh-musuh' politik dalaman parti itu sendiri yang kini secara terbuka tidak lagi mahu patuh kepada pucuk pimpinan tertinggi parti yang dikuasai golongan ulama.

"PAS berdepan dengan musuh-musuh politik dalaman (mereka sendiri). Golongan PasMa ini, mereka tidak mahu lagi patuh kepada kepimpinan ulama yang dipimpin (presiden) Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"(Ia) satu lagi bentuk pecah dan perintah (yang cuba diterapkan dalam PAS). Mereka (PasMa) nak bentuk parti dalam parti, puak dalam puak dan cuba nak memecahkan tradisi kepimpinan (ulama) dalam PAS," katanya, hari ini.

Akhbar hari ini melaporkan perkembangan PasMa ketika ini amat mengejutkan apabila banyak permohonan untuk menyertai badan bukan kerajaan (NGO) itu di Terengganu berbanding negeri lain.

Atory turut berpendapat penubuhan PasMa merupakan 'langkah' yang diambil PKR untuk menguasai PAS secara halus yang berselindung di sebalik anggota-anggota PAS yang kini tidak lagi sehaluan dengan ideologi Islam acuan PAS.

"(PKR) menggunakan PasMa ini sebagai satu alat untuk mempengaruhi anggota-anggota PAS (yang berideologi Islam) supaya bersetuju dengan ideologi PKR.

"Mereka (PKR) menggunakan Pasma dan mempengaruhi golongan bukan Melayu iaitu DAP supaya DAP dan bukan Melayu lebih percaya kepada PKR dan PasMa. Mereka tak yakin dengan PAS sebab PAS bertunjangkan Islam," katanya.

Sementara itu, bekas Felo Universiti Sains Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata PAS patut lebih bersedia untuk bersemuka dengan mana-mana pihak terutama golongan yang bersikap kritikal terhadap parti itu.

"Mengambil tindakan melarang anggota-anggota PAS menyertai persatuan seperti PasMa juga akan lebih menimbulkan rasa ingin tahu mereka (anggota parti) mengenai PasMa dan akan lebih mempopularkan NGO itu," katanya. – Bernama, 24 Oktober, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pas-berdepan-musuh-dalaman-kata-penganalisis-politik#sthash.p3lYTaWO.oFNgOJwd.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-