Thursday, November 27, 2014

UMNO::Apa benda yang keramat?

oleh ANAK MAMI DI PERANTAUAN


Keramat ada bermacam-macam jenis. Ada yang mistik, ada yang tidak. Contohnya Pasar Datuk Keramat di Kuala Lumpur. Tidak ada banyak yang mistik di situ. Kecuali kalau kita berjalan kaki lebih kurang tiga minit menghala masjid berhampiran; kita akan bertemu kedai nasi ayam yang sangat sedap.

Keramat yang mistik pula contohnya seperti kubur-kubur para alim ulama’ yang diziarahi dan ada kalanya dipuja-puja dengan menyalakan colok dan sebagainya, dengan niat diberikan petunjuk nombor ekor. Atau sekadar dijadikan tempat bertawassul dan bernazar supaya sesuatu hajat dikabulkan.

Tempat-tempat yang keramat ini juga tidak terhad di kuburan orang alim. Malah di busut-busut dan pokok-pokok yang luar biasa besar pun ada juga. Dijamunya busut-busut ini dengan pulut kuning dan ayam panggang tengah malam Jumaat keliwon, dengan harapan beroleh kekayaan dan kesenangan.

Amalan ini bagi sesetengah golongan masyarakat dianggap kebiasaan, serta dijadikan bahan jenaka; terutamanya di kalangan mereka yang lemah semangat. Ada masanya kita dengar juga kisah mereka yang ternampak lembaga bertenggek di busut-busut yang disangka keramat ini, minta dihidang darah kambing contohnya.

Rasanya sudah ada pembikin filem yang menggunakan modal keramat busut dan hantu cekik darah ini semua untuk dijadikan cerita tontonan ramai. Laku pula cerita-cerita seperti ini.

Di zaman serba moden ini orang muda sudah tidak lagi banyak bergantung harap kepada perkara-perkara yang dianggap tahyul, seperti keramat, saka, bomoh, keris terbang dan segala yang sewaktu dengannya. Malah lebih ramai yang sudah tidak lagi percaya, serta ada juga yang menghukum kepercayaan dengan keramat ini semua sebagai syirik dan berdosa besar.

Kata ‘keramat’, berasal dari bahasa Arab ‘karamah’ yang bererti kemuliaan. Mistik yang hadir dengan kemuliaan darjat seseorang dijadikan isyarat daripada Tuhan tentang keluasan ilmunya dan martabatnya yang tinggi di sisi agama. Justeru para wali diceritakan mampu melakukan banyak perkara pelik-pelik yang tidak terbayang akal.

Jadi itu cerita ‘keramat’.

Sekarang kita mahu tanya. ‘Keramat’ Umno ini dari celah mana datangnya, dan jenisnya bagaimana pula? Jenis yang perlu dipuja dan dihidang pulut kuning untuk beroleh hajat, atau jenis yang ada nasi ayam sedap? Kerana pastinya Umno tidak memiliki kemuliaan, setelah lebih 60 tahun ia wujud, Melayu akhirnya mungkin berkesudahan senasib ‘Red Indian’. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-