Saturday, December 27, 2014

15 pusat pemindahan terputus bekalan makanan

GUA MUSANG, 27 Disember:

Sebanyak 15 pusat pemindahan banjir di Gua Musang terputus bekalan makanan, selain bekalan elektrik dan air sejak enam hari lalu, kerana bantuan tidak dapat disalurkan.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, bantuan sukar disalurkan, kerana semua jalan masuk ke daerah berkenaan dinaiki air, menyebabkan ia terputus hubungan, manakala helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan polis juga tidak dapat pergi ke daerah itu, berikutan kedudukan awan yang terlalu rendah.

“Jadi, bantuan tidak dapat disalurkan dan bukannya sebab kita tidak mahu membantu,” katanya selepas misi menghantar bantuan Biro Kebajikan UMNO ke Parlimen Gua Musang, pada Jumaat.

Abdul Azeez yang sebelum itu berlepas dari Pangkalan TUDM di Kuantan, turut membawa bersama tiga tan bekalan makanan untuk diedarkan kepada mangsa banjir di daerah berkenaan.

Katanya, sebaik sahaja jalan Kuala Lipis melalui Merapoh ke Gua Musang dibaiki malam Jumaat, dua buah lori kontena akan membawa pelbagai bekalan keperluan dan makanan yang disumbangkan Biro Kebajikan UMNO serta badan bukan kerajaan, kepada mangsa banjir di daerah itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/news-in-brief/15-pusat-pemindahan-terputus-bekalan-makanan/#ixzz3N4Ni4FMJ

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-