Saturday, December 20, 2014

Bekas pengerusi TNB, Ani Arope meninggal dunia

Tan Sri Ani Arope meninggal dunia pagi ini selepas dua tahun bertarung dengan kanser prostat.

Bekas Pengerusi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad (TNB) Tan Sri Ani Arope, 83, meninggal dunia jam 5.20 pagi ini ketika menjalani rawatan di Sime Darby Ramsay Medical Centre di Subang Jaya.

Beliau dipercayai bertarung melawan kanser prostat sejak dua tahun lalu, menurut rakan dan sahabat handainya.

Jenazahnya akan ditempatkan di Balai Islam TNB, Jalan Bangsar untuk penghormatan terakhir bagi anggota keluarga, sahabat handai dan orang ramai bermula jam 11 pagi ini.

Jenazahnya akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam, Shah Alam selepas jam 1 petang.

Bukunya bertajuk; "Memoirs of Tan Sri Ani Arope", diterbitkan tahun lalu.

Beliau berkhidmat sebagai pengerusi eksekutif TNB bermula pada tahun 1990 hingga 1996, sebelum itu beliau pernah berkhidmat untuk Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM) dan juga Guthrie Bhd.

Ani juga merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima biasiswa Fulbright.

Beliau dikenali sebagai individu yang berpegang teguh pada pendiriannya dengan meletak jawatan dalam TNB kira-kira 18 tahun lalu apabila enggan menandatangani perjanjian kontroversi dengan pengeluar tenaga bebas (IPP) ketika itu, YTL Power Services, Powertek and Malakoff semasa era pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri. – 20 Disember, 2014.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-pengerusi-tnb-ani-arope-meninggal-dunia#sthash.Q0G1ri7P.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-