Monday, December 22, 2014

PAS merayu lagi........

DAP perlu berlapang dada dengan isu hudud

ANIS NAZRI

PUTRAJAYA: Pemuda PAS Malaysia berharap Konsensus Pakatan Rakyat dihormati rakan-rakan dalam pakatan itu khususnya DAP berhubung isu hudud.


Naib Ketua Pemuda, Ir Khairil Nizam Khirudin, berkata jika PAS boleh menghormati DAP dengan agenda negara sekular mereka, maka rakan PAS itu juga perlu berlapang dada dengan agenda negara Islam yang diperjuangkan PAS.

Khairil berkata demikian ketika ditanya wartawan di lobi Kementerian Kewangan, di Putrajaya selepas menyerahkan memorandum kepada Menteri Kewangan II, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah, hari ini.

Beliau yang juga Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, bagaimanapun berkata isu-isu berbangkit berkaitan hudud yang ditimbulkan kembali muktahir ini akan diputuskan pada mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat dalam tempoh terdekat.

Khairil berkata mesyuarat tersebut diharapkan akan dapat menyelesaikan isu tersebut dengan penuh positif secepat mungkin.

Baru-baru ini, isu hudud kembali dibangkitkan DAP yang dengan jelas menolak hukum hudud dilaksanakan di negara ini.

Semalam, Guan Eng dalam kenyataannya sebelum ini berkata, pelaksanaan hudud di Kelantan bertentangan dengan persetujuan bersama dalam Pakatan.

Manakala, kerajaan negeri Kelantan bercadang mengemukakan rang undang-undang persendirian mengenai hudud ke parlimen bagi membolehkan hukum Islam itu dilaksanakan di negeri Serambi Mekah itu. - HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-