Friday, December 19, 2014

Sekat audit 1MDB, cubaan UMNO sembunyikan kebenaran?

Sekat audit 1MDB, cubaan UMNO sembunyikan kebenaran


KUALA LUMPUR, 19 DIS: DAP hari ini menggesa Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan untuk membenarkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Awam (PAC) mengaudit 1MDB jika benar syarikat itu tidak mempunyai sebarang masalah.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, jaminan Ahmad Maslan bahawa 1MDB tidak menghadapi masalah kewangan seharusnya memberi keyakinan kepada beliau untuk memberikan keterangan kepada PAC.

“Jika ini tidak dilakukan, maka jelas Ahmad Maslan telah berbohong demi menyembunyikan perkara sebenar di sebalik skandal RM42 bilion 1MDB.

“Reputasi beliau sebelum ini sememangnya sudah tercalar selepas terpaksa memohon maaf dan menarik balik jawapan di Parlimen apabila menafikan kewujudan ‘surat sokongan’ yang dikeluarkan kerajaan untuk mendapatkan pinjaman AS3 bilion (RM10 bilion) kepada 1MDB.

“Jika jaminan itu adalah jawapan paling menyakinkan dari seorang Timbalan Menteri Kewangan, beliau nampaknya melakukan kerja yang paling teruk dalam mempertahankan 1MDB.

Ahmad Maslan semalam menyarankan kepada pengurusan tertinggi 1MDB supaya berdepan dengan rakyat dan menjelaskan keadaan berhubung status kewangan syarikat itu.

Beliau berkata, 1MDB perlu menerangkan dengan terperinci dinamik operasi syarikat dan kewangannya kepada umum kerana ia melibatkan wang pembayar cukai.

Ketua Penerangan UMNO itu juga menyatakan beliau yakin 1MDB mempunyai aset yang bagus dan tidak mempunyai sebarang masalah skandal kewangan.

Menyelar kenyataan Ahmad Maslan, Pua menegaskan keuntungan yang diperoleh 1MDB dari 2010 hingga 2013 hanya menerusi penilaian semula aset dan hartanah, bukannya melalui operasi syarikat itu.

“1MDB mengutip ‘keuntungan’ sebanyak RM424 juta hasil penilaian semula saham yang tidak tersenarai dalam pelaburan usaha sama sebanyak RM600 juta.

“Jika bukan kerana penilaian semula aset dan hartanah, 1MDB akan mengalami kerugian berturut-turut dari 2010 hingga 2013 iaitu sebanyak RM236 juta, RM273 juta, RM526 juta dan RM1.9 bilion.

“1MDB telah mencatatkan kerugian sebanyak RM665 juta tahun ini (2014). Secara keseluruhan dalam tempoh lima tahun telah mengalami kerugian terkumpul RM4.56 bilion,” tegasnya yang juga Setiausaha Publisiti DAP. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-