Saturday, January 31, 2015

Harga bahan bakar turun mulai tengah malam

Bermula awal tahun ini, harga runcit RON95 dan diesel turun di bawah paras RM2 seliter, selepas harga minyak dunia terus mengalami penurunan.

KUALA LUMPUR, 31 Januari:

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan mengumumkan harga bahan bakar baru yang akan berkuatkuasa selepas tengah malam ini.

Minyak petrol untuk RON95 kini berharga RM1.70 seliter, turun 21 sen daripada RM1.91 sen yang diperkenalkan bulan lalu.

Sementara itu petrol jenis RON97 pula berharga RM2 seliter, turun 11 sen daripada RM2.11, manakala harga diesel pula RM1.70, turun 23 sen daripada RM1.93.

November lalu, harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 20 sen, menjadikan harga pasaran waktu itu RM2.55 sen seliter, berbanding RM2.75 sebelum ini.

Bermula awal tahun ini, harga runcit RON95 dan diesel turun di bawah paras RM2 seliter, selepas harga minyak dunia terus mengalami penurunan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengumumkan perkara itu, dengan melampirkan surat yang dikeluarkan Kementerian Kewangan.

Penurunan itu susulan keputusan kerajaan melaksanakan penetapan harga runcit bagi petrol RON95 dan diesel mengikut kaedah pengampunan terkawal mulai 1 Disember.

Kaedah pengapungan terkawal yang diputuskan Kabinet itu adalah sebagaimana pelaksanaan penetapan harga runcit RON97 sejak Julai 2010.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/01/31/harga-bahan-bakar-turun-mulai-tengah-malam/#ixzz3QPAh2wLw

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-