Wednesday, January 28, 2015

KEADILAN dedah Pengarah Bestinet warga Bangladesh

(Oleh: Lyn Nasir)
PETALING JAYA 28 JAN: KEADILAN hari ini mendedahkan seorang lagi Pengarah projek Bestinet Sdn Bhd merupakan warga Bangladesh dan hanya mendapat status penduduk tetap di negara ini.

ADUN Semambu, Lee Chean Chung berkata, Aminul Islam Abdul Nor yang juga Pengarah Syarikat JR Joint Resources Sdn Bhd adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat itu.


Beliau mempersoalkan mengapa projek bimoterik yang berkait rapat dengan soal keselamatan negara diberikan kepada syarikat berkenaan.

“Mengapakah tugasan penting ini boleh disumberluarkan kepada syarikat swasta yang diuruskan oleh warga asing?,” soalnya dalam sidang media di Ibu Pejabat KEADILAN hari ini.

Jelas Lee, Aminul memegang kad pengenalan berkod 79 yang menunjukkan beliau berasal dari Bangladesh, dan memegang seratus peratus kepentingan dalam projek berkenaan.

“Hampir seratus peratus Aminul merupakan pemegang saham projek tersebut dan ia menimbulkan keraguan dan kebimbangan kerana maklumat-maklumat yang terangkum dalam sistem tersebut merupakan informasi berkaitan dengan pengawalan sempadan (border control) dan imigresen.

“Maklumat bio-metric dan pekerja-pekerja asing merupakan maklumat sensitif yang bakal mengancam keselamatan dan kedaulatan negara,” katanya.

Pendedahan tersebut berikutan tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri, Tan Sri Azmi Khalid enggan memberi penjelasan mengenai peranan mereka dalam syarikat berkenaan.

KEADILAN semalam mendedahkan salah seorang pengarah Bestinet, ialah bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja ‎Datuk Tengku Omar Tengku Bot selain Azmi Khalid.

Tengku Omar dan Azmi juga didakwa mempunyai kepentingan bersama dalam syarikat lain, “Raffles Care.”

The Star hari ini melaporkan kenaikan bayaran pemprosesan visa pekerja Indonesia menimbulkan kemarahan pengusaha agensi pekerjaan itu yang memberi amaran untuk menghentikan penghantaran tenaga kerja.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-