Tuesday, January 27, 2015

Ketua Wanita KEADILAN sekolahkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


Kaji semula pindaan Akta Kanak-kanak – Zuraida

KUALA LUMPUR 27 JAN- Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin menggesa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim mengkaji semula cadangan pindaan rang undang-undang baharu terhadap Akta Kanak-kanak 2001.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tumpuan lebih kepada isu penyeludupan, buruh dan perkahwinan kanak-kanak dan bukannya hukuman rotan seperti yang dicadangkan.

“Konsep barat tanpa keganasan terhadap kanak-kanak dialu-alukan tetapi tindakan mendisiplinkan anak oleh ibu bapa tidak perlu dipantau dan dikawal selia oleh undang-undang,”

“Sebahagian besar ibu bapa mengambil berat dan menyayangi anak-anak mereka dan kerajaan perlu percaya bahawa ibu bapa tahu bagaimana untuk memberikan hukuman terhadap anak mereka,” kata Zuraida yang juga Ahli Parlimen Ampang.

Pada 25 Januari lalu, Rohani berkata merotan kanak-kanak bakal menjadi kesalahan jenayah jika rang undang-undang baharu menggantikan Akta Kanak-Kanak 2001 dibentangkan di Dewan Rakyat selewat-lewatnya Julai depan, diluluskan.

Memandangkan pindaan yang dibuat terhadap akta sedia ada lebih 70 peratus, beliau yakin Peguam Negara akan bersetuju ia menjadi satu akta baharu yang mungkin dikenali Akta Kanak-Kanak 2015.

Zuraida berkata, Rohani juga sebelum ini menyatakan Akta baharu itu akan merangkumi penglibatan kanak-kanak dalam membuat keputusan berkaitan kebajikan dan pemulihan mereka.

“Ini dengan sendirinya bercanggah dengan takrif sebagai seorang kanak-kanak dan membuat keputusan untuk ibu bapa mereka,” kata Zuraida dalam kenyataan media.

Menurutnya, bagi hukuman rotan yang dikenakan kepada pesalah kanak-kanak, beliau menyokong penuh langkah diambil keranaan kerana ini akan mengurangkan trauma yang dikenakan ke atas kanak-kanak itu terutama bagi pesalah kali pertama.

“Akta Kanak-kanak melindungi kanak-kanak daripada kesalahan yang melibatkan penderaan dan pengabaian, dengan hukuman berat untuk pesalah.

“Hukuman rotan oleh ibu bapa untuk mendisiplinkan anak-anak mereka bukan jatuh di bawah penderaan. Putrajaya perlu berhati-hati sebelum membuat apa-apa pindaan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-