Friday, January 30, 2015

Mahathir perlu terus dedahkan kelemahan Najib

Faiz Zainudin | January 30, 2015

Duit hasil rasuah, komisiyen, duit yang asal-usulnya mencurigakan disimpan dalam banyak offshore banks.
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Raub dari DAP, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz terus menggesa Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan ketidakcekapan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan terutamannya dalam isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Negara akan jahanam jika dibiarkan dan perkara tersebut akan menyebabkan Malaysia dalam bahaya,” dakwanya.

Menulis di dalam entri terbaru di blog sakmongkol.blogspot.com, jelas beliau, harga tanah yang dijual kepada 1MDB oleh syarikat Tun Razak Exchange (TRX) juga sangat rendah dan tindakan demikian jelas sekali hanya memberikan keuntungan kepada syarikat berkenaan sahaja.

“Siapa yang memutuskan harga jualan? Siapa yang membuat penilaian? Siapa yang memutuskan menjual tanah TRX pada harga yang murah? Siapa yang memutuskan jual tanah Sungai Besi pada harga rendah?” soal beliau yang merupakan bekas ADUN Pulau Manis dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan.

Beliau menambah, “Kes seperti ini hanyalah untuk mengambil komisyen dan tipu harga. Kalau berani adakan audit ke atas penjualan tanah TRX dan Sungai Besi.”

Katanya, tindakan sedemikian jelas menunjukkan bahawa 1MDB hanya satu fasilitis untuk sesetengah kumpulan menggasak wang rakyat.

Pada masa sama, beliau juga turut mempersoalkan tindakan kerajaan menyimpan wang negara dalam akaun di Cayman Islands yang diurus oleh Bridge Partners.

“Orang menyimpan duit di sana untuk disembunyikan. Duit hasil rasuah, komisiyen, duit yang asal-usulnya mencurigakan disimpan dalam banyak offshore banks (bank-bank luar pesisir). Kerana offshore bank atau Cayman Islands itu sendiri mempunyai undang-undang melindungi kerahsiaan transaksi,” kata Mohd Ariff Sabri.

“Ini macam hendak sorok dari pandangan orang dan membenarkan segala muslihat dan silap mata berlaku. Kenapa tidak kembalikan wang tersebut ke Malaysia untuk diurus oleh pengurus dana yang mempunyai reputasi tinggi?” soal beliau.

Sehubungan itu, beliau mendakwa, 1MDB umpama harimau yang ditunggang oleh Najib sehingga menyukarkan Mahathir untuk menembak harimau atau Najib.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-