Sunday, January 25, 2015

Pilihanraya PBT : Majlis Presiden PR bincang Isnin

(Lyn Nasir)
KUALA LUMPUR 25 JAN : Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim berkata Majlis Presiden Pakatan Rakyat akan meneliti kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyatakan Pilihanraya pihak berkuasa Tempatan (PBT) boleh membawa kepada peristiwa 13 Mei yang menyebabkan rusuhan kaum.

Jelas Anwar, kenyataan Hadi itu adalah pendapat peribadi beliau, namun begitu keputusan yang dibuat akan mengambil kira pandangan semua kaum.
“Kita akan mengenal pasti semua isu-isu dan pandangan penduduk di bandar yang sebelum membuat keputusan mengenai perkara itu.

“Selepas itu, kita dijangka membincangkan isu itu pada mesyuarat majlis presiden PR Isnin ini,” jelasnya dalam satu kenyataan media.

Terdahulu, Hadi mengatakan PBT yang diperjuangkan DAP di kawasan majoriti Cina bandar boleh melebarkan jurang penguasaan ekonomi di antara penduduk bandar dan desa sehingga boleh mengulangi rusuhan kaum 13 Mei.

Tambah Hadi lagi, desakan DAP untuk pilihan raya PBT itu akan menyebabkan ketidakstabilan masyarakat majmuk di Malaysia dan hanya menguntungkan sesuatu kaum saja.

Namun Setiausaha Pengelola DAP Anthony Loke berkata kenyataan Hadi tidak masuk akal memandangkan demografi penduduk bandar kini tidak lagi dikuasai Cina semata-mata.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-