Saturday, January 31, 2015

Terpaksa mengemis Ananda Krishnan, tindakan 1MDB memalukan

KUALA LUMPUR, 31 JAN: Tindakan 1MDB ‘mengemis’ kepada jutawan Ananda Krishnan untuk membayar hutang tertunggak bukan sahaja memalukan, malah menunjukkan syarikat itu memang menghadapi masalah kewangan serius.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua berkata, langkah terdesak tersebut juga membuktikan bahawa tidak ada institusi pinjaman kini bersedia untuk memberi sebarang pinjaman kepada 1MDB berikutan skandal kewangan mereka.

“Tindakan 1MDB serta kerajaan terpaksa tunduk dan bergantung kepada hubungan baik dengan Ananda untuk menyelesaikan hutang adalah sangat memalukan.

“Bukankah 1MDB sebelum ini mendakwa pelaburan kontroversi mereka di Kepulauan Cayman berjumlah RM3.9 bilion sudah ditebus?” soalnya dalam satu kenyataan, hari ini.

The Edge Financial Daily semalam melaporkan Ananda bersetuju meminjamkan sehingga RM2 bilion kepada 1MDB sebagai bantuan menyelesaikan hutang syarikat dengan Maybank Bhd dan RHB Bank Bhd yang perlu dijelaskan akhir bulan ini.

Pinjaman RM2 bilion akan diperoleh selepas Ananda menyuntik wang ke dalam Powertek Investment Holdings Sdn Bhd (PIH).

Namun, langkah itu akan memberikan Ananda pegangan majoriti terhadap PIH dan menyebabkan 1MDB kehilangan kawalan kepada PIH, sebuah prospek yang tidak dapat dipertahankan dari segi politik.

Tony yang juga Setiausaha Publisiti DAP menambah, ia turut akan memberi kelebihan kepada Ananda sekaligus menjadikan 1MDB sebagai tebusan selepas ini. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-