Tuesday, March 31, 2015

Editor The Malaysian Insider dibebaskan

Tiga editor TMI, dibebaskan
Lionel (dua kanan) mengucapkan terima kasih kepada wartawan dan pengamal media yang berada di balai polis Dang Wangi sebagai menunjukkan semangat solidariti dan berkata portal berita itu akan terus beroperasi secara profesional. - Foto: Facebook Elizabeth Zachariah.

KUALA LUMPUR, 31 Mac:

Editor Pengurusan The Malaysian Insider, Lionel Morais; Editor Bahasa Malaysia, Amin Shah Iskandar dan Editor Analisis, Zulkifli Sulong sudah dibebaskan.

Ketiga-tiga mereka yang dibebaskan jam 6.30 petang tadi dan disambut dengan tepukan gemuruh berkata, polis melayan mereka dengan baik dan mereka juga memberikan kerjasama penuh dalam siasatan mengenai artikel Majlis Raja-Raja Menolak Rang Undang-Undang Hudud.

“Kelima-lima mereka telah memberikan keterangan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) namun, ia mengambil masa yang agak lama untuk membebaskan mereka kerana beberapa kenyataan tambahan yang perlu diambil,” kata peguam mereka, Syahredzan Johan kepada pemberita selepas semua wartawan berkenaan dibebaskan pada jam 8.30 malam.

Syahredzan menambah, secara peribadi tindakan untuk menahan kelima-lima wartawan kanan merupakan arahan dari ‘pihak atasan’.

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif TMI dan editor, Jahabar Sadiq yang sebelum ini dibawa ke bilik ‘server’ portal berkenaan akan diambil kenyataannya, esok.

“Kami tidak pasti sama ada akan terdapat penahanan di masa akan datang tetapi memandangkan trend ini, ia berkemungkinan akan berlaku,” kata Syahredzan.

Jahabar dan penerbit The Edge, Ho Kay Tat dijangka akan ditahan semalaman, sementara keputusan reman diketahui esok.

Sementara itu, Lionel turut mengucapkan terima kasih kepada wartawan dan pengamal media yang berada di balai polis Dang Wangi sebagai menunjukkan semangat solidariti dan berkata portal berita itu akan terus beroperasi secara profesional.

“Artikel kami akan terus bersifat profesional dan rakan-rakan yang berada di sini membawa maksud bahawa sebagai wartawan, kita tetap bersatu.

“Kami akan terus menyediakan berita yang tepat, sebaik mungkin,” katanya.

Perhimpunan malam tadi dihadiri oleh kira-kira 50 pengamal media walaupun dalam gerimis.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/31/tiga-editor-tmi-dibebaskan/#ixzz3VySeVVsN

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-