Monday, March 2, 2015

Remaja nekad terjun bunuh diri akibat putus cinta

Dipercayai akibat putus cinta dan tekanan, seorang remaja lelaki nekad terjun dari tingkat 10 di sebuah sekolah di Jalan Kuchai Lama, di sini, tengah hari tadi.

KUALA LUMPUR, 2 Mac:

Dipercayai akibat putus cinta dan tekanan, seorang remaja lelaki nekad terjun dari tingkat 10 di sebuah sekolah di Jalan Kuchai Lama, di sini, tengah hari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, remaja berusia 17 tahun ditemui berlumuran darah di padang sekolah tersebut oleh pelajar.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Azlee Abdullah berkata kejadian berlaku ketika waktu persekolahan apabila mangsa meminta izin untuk ke tandas.

Menurutnya, akibat terlalu lama, guru dan rakannya mencari mangsa dan menemui buku nota yang mengandungi ayat mengucapkan selamat tinggal kepada rakan dan guru.

“Beberapa pelajar yang berada di sekitar padang menemui mangsa yang berlumuran darah di bahagian hidung sebelum memaklumkan kepada pihak sekolah.

“Forensik polis mengesahkan tiada unsur jenayah dan mayat mangsa di hantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat,” katanya.

Azlee berkata punca kejadian dipercayai akibat putus cinta dengan wanita dan kemungkinan mangsa tertekan dengan kisah cintanya yang tidak kesampaian.

Difahamkan, mangsa seorang yang ceria, berdisplin, duka menolong dan tidak mempunyai masalah disiplin.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/03/02/remaja-nekad-terjun-bunuh-diri-akibat-putus-cinta/#ixzz3TEf6ekBX

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-