Sunday, March 29, 2015

Tangkap pembangkang 'hasut' rakyat lebih benci kerajaan

HARAKAHDAILY
KUALA LUMPUR: Tindakan polis untuk terus menahan pimpinan pembangkang menunjukkan kerajaan tidak mengerti bahawa tindakan menangkap ini tidak akan meredakan kemarahan rakyat.

Bahkan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, ia sebenarnya satu tindakan yang 'menghasut' rakyat untuk lebih benci kepada kerajaan.

"PAS gesa kerajaan menghentikan tangkapan dan membebaskan semua tahanan dengan segera," ujarnya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kerajaan sepatutnya mendengar dan bukan melarang bantahan rakyat terhadap GST dan akta zalim kerana bebanan ekonomi yang rakyat tanggung akan membawa derita kepada kehidupan mereka. - HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-