Sunday, April 19, 2015

Apa sudah jadi himpunan #KitaLawan?

FMT Reporters
#KitaLawan berbasikal mengelilingi bandar raya Kuala Lumpur bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu hanya disertai 25 peserta termasuk Nurul Nuha Anwar.
KUALA LUMPUR: Apa sudah jadi dengan Perhimpunan #KitaLawan anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang semakin tidak mendapat sambutan.

Walaupun pelbagai usaha dan idea baru digunakan untuk menarik penyertaan orang ramai khususnya anak muda, namun ia masih gagal.

Terbaru, idea berarak menaiki basikal yang bermula di Dataran Merdeka pada Sabtu, hanya disertai 25 peserta termasuk anak Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha.

Begitupun, kumpulan anak muda ini yang memakai serba hitam tetap bersemangat mengelilingi bandar raya dengan memakai baju serba hitam yang tertera ‘Kita lawan sampai menang’.

Biarpun sambutan dingin, Sekretariat #KitaLawan optimis anak muda menyokong misi yang dibawa iaitu menentang GST yang membebankan rakyat.

Anggota Sekretariat, Akmal Nasir berkata, bilangan peserta bukan ukuran kerana aktiviti ini dikongsi pengguna laman sosial.

“Kehadiran peserta kali ini berkemungkinan disebabkan mereka tidak memiliki basikal selain sibuk di hujung minggu,” katanya.

Dia berkata, himpunan #Kitalawan akan tetap diteruskan setiap minggu dan pada minggu hadapan akan diadakan di Pahang dan Pulau Pinang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-