Monday, April 27, 2015

Cabaran getir buat BN di Permatang Pauh. Namun bukan misi mustahil

oleh Ng Kee Seng

SEKILAS PANDANG: Muhyiddin Yassin berpendapat sukar bagi BN memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh.

Timbalan presiden Umno itu berkata ianya seumpama mendaki gunung yang tinggi.

Beliau dipetik Bernama sebagai berkata kemenangan bagaimanapun tidak mustahil bagi calon BN Suhaimi Sabudin sekiranya mereka bersatu.

“Saya sedar ia bukan tugas mudah..kita underdog, seperti kata penduduk tetapi kita sedar tugas kita bagai mendaki gunung.

“Tetapi saya yakin kerana BN bekerjasama sebagai satu pasukan, tiada perpecahan di peringkat bahagian atau sebarang pertikaian tentang calon. Kita sedar kita mampu bekerja sebagai satu pasukan,” katanya pada 25 April.

Tiada perpecahan di peringkat bahagian? Bukankah calon bebas Salleh Isahak dari Permatang Pasir yang juga perunding latihan dan presiden Bakti Ikhlas Malaysia seorang ahli cawangan Umno Alma?

Walaupun media berkata Pakatan sedang berpecah, tiada pula calon PAS yang bertanding?

Dan PAS Permatang Pauh memberi jaminan akan membantu Pakatan di dalam berkempen, tegas Dr Mujahid Yusof Rawa TPP Pulau Pinang.

“Bahagian itu bersetuju bekerjasama selepas mesyuarat dengan jentera pilihanraya Permatang Pauh dua hari lalu dan ketua PAS Omar Hassan.

“Hasilnya amat positif dan jentera telah bersedia turun padang.

“Mereka bersetuju mengutamakan keputusan PAS Pusat,” katanya di sidang akhbar pada 25 April.

Perpaduan Pakatan terlihat di hari penamaan calon dengan kehadiran pengerusi PAS Permatang Pauh Omar Hassan.

Pada PRK 7 Mei nanti, Suhaimi (Umno) akan berdepan Dr Wan Azizah Ismail, Salleh dan calon Parti Ra’ayat Malaysia Azman Shah Othman.

Muhyiddin berkata jentera parti komited mahu membawa kejayaan bagi calon BN dengan perpaduan dan kerjasama pasukan amat ketara.

“Di masa lalu, kita berdepan banyak masalah dan terdapat perpecahan tetapi kini kita kukuh.”

Katanya BN yakin calonnya mampu menggalas tanggungjawab rakyat sekiranya diberi peluang mewakili Permatang Pauh.

Suhaimi yang juga anak tempatan mampu menangani masalah penduduk di situ, ujar Muhyiddin.

“Saya sangsi dengan calon lain kerana mereka tidak ada masa bagi mencari keadilan buat penduduk tempatan tetapi Suhaimi akan berada di sini dan akan bertemu pengundi setiap hari kerana tidak ada tempat lain yang diwakilinya.”

Disoal tentang Rompin, Timbalan Perdana Menteri itu berkata Rompin lebih maju dengan pembangunan yang dibawa BN berbanding Permatang Pauh.

“Wakil rakyat dahulu tidak memberi perhatian kepada rakyat, kerana dilihat pemimpin tertinggi, tetapi tanggungjawab dan tugasnya tidak dijalankan…itu maklumbalas yang kami terima,” kata Muhyiddin.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Cabaran-getir-buat-BN-di-Permatang-Pauh-Namun-bukan-misi-mustahil#sthash.Ce8bDHqY.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-