Sunday, April 26, 2015

Semakin hari semakin terserlah ketidak cerdikkan timbalan menteri ini...........

Tun M tak faham GST? – soal Dr Asri kepada Ahmad Maslan
Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sekiranya Ahmad menyatakan Dr Mahathir tidak memahami GST, menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu dilihat lebih bijak jika dibandingkan bekas pemimpin yang pernah menjawat jawatan menteri kewangan sekitar 90an itu. - Foto Facebook DrMAZA.com

KUALA LUMPUR, 26 April:

Susulan kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang mengkritik mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kegagalan bekas pemimpin itu memahami GST, disifatkan sebagai ‘kurang cerdik’.

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata sekiranya Ahmad menyatakan Dr Mahathir tidak memahami GST, menunjukkan Ahli Parlimen Pontian itu dilihat lebih bijak jika dibandingkan bekas pemimpin yang pernah menjawat jawatan menteri kewangan sekitar 90an itu.

“Jika Tun M dikatakan tidak faham GST, apakah rakyat Malaysia yang hampir kesemua mereka tidak lebih berpengalaman tentang ekonomi negara dari Tun M akan lebih faham tentang GST?

“Jika orang yang dianggap oleh majoriti rakyat Malaysia sebagai ‘kurang cerdik’ (mengelakkan perkataan bodoh) disebabkan kenyataan-kenyataannya tentang GST, dia menyatakan Tun M yang terkenal dengan kepintarannya itu tidak faham GST, apakah si pembuat kenyataan itu lebih bijak di bandingkan Tun M?” soal Dr Asri di laman Facebooknya.

Jelas Dr Asri, sewajarnya orang yang ‘kurang cerdik’ tidak sepatutnya diberikan tugas penting dalam mentadbir negara yang membabitkan rakyat yang ramai.

“Saya terfikir, dalam fekah orang yang safih (bodoh atau kurang cerdik) tidak boleh diserahkan pengurusan harta sekalipun miliknya sendiri, persoalannya; apakah mereka dalam kategori ini boleh diserahkan urusan negara yang membabit rakyat yang ramai?

“Patutkah golongan sufaha (kata banyak untuk safih iaitu bodoh ataupun kurang cerdik) diserahkan kepada mereka jawatan penting seperti menteri dan seumpamanya?” soalnya lagi yang merujuk kenyataan Ahmad mengulas pandangan Dr Mahathir yang mahu kerajaan membatalkan GST sejak ia diperkenalkan pada 1 April lalu.

Semalam, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad masih belum memahami sepenuhnya maksud GST sehingga dilihat mahu mengekalkan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang jelas lebih tinggi cajnya kepada rakyat.

Astro Awani melaporkan Ahmad berkata, Dr Mahathir juga mungkin masih belum mendapat penerangan terperinci atau tersalah tafsir mengenai pelaksanaan GST daripada orang-orang di sekelilingnya.

“Saya rasa orang di sekelilingnya tidak memberi penerangan lengkap lagi terperinci mengenai GST kepada Dr Mahathir.

“Jelas peratus GST merupakan cukai yang lebih rendah daripada SST sebelum ini. Bagaimana boleh dia (Dr Mahathir) kata lebih baik jika kerajaan membatalkan GST?” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/04/26/tun-m-tak-faham-gst-soal-dr-asri-kepada-ahmad-maslan/#ixzz3YPpcA7cH

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-