Saturday, April 18, 2015

Tidak timbul kembalikan kuasa Khalid di Selangor

SALMIYAH HARUN
KUALA LUMPUR: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menafikan satu perjumpaan di Jakarta semalam sebagai usaha untuk mengembalikan semula kuasa bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di Selangor.

Abdul Hadi berkata pertemuan yang berlangsung di Jakarta itu tidak lebih kepada membincangkan mengenai perpaduan ummah di rantau Asia.

"Ini kerana kita tidak mahu penyakit di Asia Barat berlaku di Malaysia. Walaupun kita berbeza pandangan di kalangan pemerintah kita tetap memilih demokrasi berparlimen.

"Walaupun ia ada kecacatan dan kelemahan. Kita sekadar bercakap tetapi tidak sampai seperti di negara barat sehingga mengangkat senjata," katanya menghurai apa yang dibincangkan dalam pertemuan itu.

Beliau turut bertemu dengan Speaker dan Timbalan Speaker, dan cendekiawan Indonesia serta Muhammadiah dan Nahdatul Ulama.

"Tidak timbul perbincangan untuk kembalikan kuasa Khalid Ibrahim di Selangor," katanya dalam sidang media selepas perasmian penutup Kongres Profesional Muslim Se-Malaysia.

Sementara itu, Setiausaha Politik beliau Dr Ahmad Samsuri Mokhtar yang turut berada di dalam pertemuan itu juga menafikan dakwaan itu.

"Saya bersama Tuan Guru Presiden dan Kuala Nerus, tidak ada sepatah pun cakap hal Selangor. Kita bercakap soal umat Islam di serantau," katanya semasa sesi pembentangan kertas kerja pada kongres tersebut.

Beliau turut menyifatkan mereka yang membuat andaian itu tanpa usul periksa sebagai 'mulut berus'.

"Inilah perkara-perkara yang boleh mengundang pecah belah di dalam PAS," katanya.

Beliau berkata demikian ekoran tersebarnya gambar Abdul Hadi Awang yang kelihatan duduk bersama dengan Khalid Ibrahin dalam satu pertemuan di Jakarta. -HARAKAHDAILY

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-