Sunday, April 19, 2015

Wan Azizah: Mengapa saya tidak boleh bertanding di Permatang Pauh?

oleh Ng Kee SengFOKUS PULAU PINANG: Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismal berkata tiada sebab mengapa beliau tidak boleh bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh pada 7 Mei.
“Jika saya dipilih oleh Pakatan Rakyat untuk menjadi calon, mengapa tidak?” beliau memberitau Theantdaily ketika menanti sidang media bersama dengan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Majlis Perbandaran Seberang Perai pada 17 April.

“Ya, saya telah memberi sebab kukuh kenapa saya perlu meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh untuk memberi laluan kepada suami saya. Ianya adalah untuk saya meluangkan lebih masa dengan cucu-cucu saya.

“Sekarang, saya mungkin terpaksa (untuk keluar dari persaraan),” kata beliau.

Beliau turut menafikan laporan media tentang sesetengah pihak dalam PAS Pulau Pinang yang memboikot PRK itu.

“Yang Dipertua PAS Permatang Pauh Omar Hassan telah memberitahu saya bahawa parti Islam itu berada di belakang PKR bermakna mempertahankan kerusi di PRK bulan depan di bawah panji Pakatan.

“Beliau berkata ‘kami bersama anda’,” beliau menambah.

Timbalan Setiausaha Agung DAP Chong Eng memberitahu Theantdaily: “PRK ini adalah penting untuk Pakatan. Pakatan mestilah menang dengan meyakinkan.

“Dan kunci untuk menang dengan meyakinkan adalah dengan memenangi pengundi wanita yang berjumlah kira-kira 51 peratus daripada pengudi Permatang Pauh.

“Pakatan, terutamanya PKR, perlu bekerja dengan sekeras-kerasnya. Wanita di pedalaman adalah sangat-sangat sukar untuk didekati.”

Chong, bekas Ahli Parlimen Bukit Mertajam dari 1999 sehingga 2013, seharusnya lebih tahu. Bukit Mertajam adalah berjiran dengan Permatang Pauh.

Chong, yang sekarang ini ADUN Padang Lalang dan juga Exco negeri, berkata DAP akan menghulurkan sokongan penuh kepada PKR dan akan membantu untuk berkempen apabila diminta.

Dalam sidang media tersebut, Lim mengumumkan inisiatif Penang Development Corporation (PDC) berjumlah RM12 juta untuk menaiktaraf pasar basah dan pusat gerai-gerai di Seberang Perai.

“Kontrak penambahbaikan ini akan dipilih secara tender terbuka. Ini adalah untuk memenuhi manifesto kami pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“PDC memerlukann masa untuk menyelesaikan isu teknikal dan perundangan dengan peniaga-peniaga supaya dapat meneruksan kerja-kerja penaiktarafan. Kami sekarang bersedia untuk melaksanakannya,” beliau menambah.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Wan-Azizah-Mengapa-saya-tidak-boleh-bertanding-di-Permatang-Pauh#sthash.oVVeUkAY.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-