Monday, May 4, 2015

Penghijrahan ke UK yang membawa padah kepada genius matematik

oleh Mike Tan

SEKILAS PANDANG: Kepintaran tidak menjamin kebaikan. Nur Nordin adalah salah satu contohnya. Seorang rakyat Malaysia yang berusia 23 tahun yang telah mendapat biasiswa untuk belajar di Imperial College di UK, Nordin memilih untuk menghabiskan masanya untuk melayan hawa nafsunya daripada belajar.

Beliau kini menghadapi hukuman penjara lima tahun di UK selepas ditangkap memiliki lebih 30,000 imej dan video pornografi kanak-kanak. Imej-imej yang ditemui adalah begitu ekstrem sehinggakan penyiasat menggambarkannya sebagai sebahagian daripada gambar yang paling teruk yang pernah mereka lihat.

Selain dari imej, polis juga menemui sebuah patung kanak-kanak saiz sebenar di kediaman Nordin. Aktiviti Nordin diketahui selepas polis menemui sebuah akaun internet yang telah memuat turun beribu-ribu video dan imej penderaan seksual.

Nampaknya Nordin, seorang genius matematik, bukan hanya menonton tetapi juga aktif dalam membuat dan mengedarkan imej-imej lucah.

Sekarang setelah keadilan dilaksanakan, ia adalah masa untuk bertanya soalan.

Apa yang mendorong orang-orang seperti Nordin? Mungkinkah dia sendiri pernah menjadi mangsa penderaan, kerana beberapa kajian menunjukkan bahawa mangsa penderaan seperti itu berkemungkinan membesar untuk menjadi pelakunya pula?

Dan satu lagi persoalan: Adakah Nordin menjalankan kegiatannya secara berseorangan?

Dalam masa kurang setahun selepas tiba di UK, Nordin telah mengumpulkan koleksi yang besar, dan mungkin meletakkan dirinya dalam sebuah sindiket mereka-mereka yang bersifat sepertinya – seorang pedofil.

Bagaimanakah dia boleh melibatkan diri, atau dia telah dijemput menyertainya?

Laporan-laporan berita juga menyatakan bahawa Nordin terlibat dalam 'membuat' imej-imej ekstrim ini. Apakah maksud 'membuat' di sini? Adakah ini bermakna dia terlibat dalam penderaan seksual sebenar atau hanya produksi teknikalnya, mungkin mengambil gambar rakaman dari video dan lain-lain bentuk suntingan?
Adalah benar-benar membimbangkan bahawa seorang rakyat Malaysia – anak muda yang berusia 23 tahun pada masa itu – ada terlibat dalam aktiviti jahat sebegitu. Tetapi sekali lagi, Malaysia mempunyai beberapa cendekiawan-cendekiawan muda yang sesat, termasuk Sufiah Yusof, seorang lagi genius matematik yang kemudiannya menjadi 'pengiring sosial' dalam talian, sebuah kiasan yang digunakan bagi pelacur di UK.

Mungkin sudah tiba masanya kita mengkaji minda pakar-pakar kita bagi apa-apa keinginan tersembunyi sebelum mereka dihantar dari luar negara. Mungkin lebih baik untuk imej negara, serta bagi kebaikan para cendekiawan ini sendiri, jika isu itu dikesan dari awal dan diberikan kaunseling secara wajar.

Apa yang sudah berlaku biarlah berlalu. Kita hanya boleh berharap bahawa kerosakan yang telah dilakukan Nordin adalah tidak terlalu teruk.

Tetapi bagaimanakah masa depan Nordin? Selepas lima tahun, dia akan dihantar pulang ke Malaysia selepas menjalani hukuman.

Adakah kita masih akan mengingatinya? Adalah baik bagi pihak berkuasa Malaysia untuk mengawasinya, demi kebaikan beliau dan demi anak-anak yang tidak berdosa di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-