Tuesday, June 30, 2015

Mercun punya pasal pun boleh maut.........

Warga Malaysia maut ditembak angkara mercun

FMT Reporters 

Mangsa maut di tempat kejadian selepas terkena tembakan di kepala
NARATHIWAT: Seorang warga Malaysia maut manakala rakannya cedera akibat ditembak oleh dua lelaki bermotosikal di Jalan Charengket di Sungai Golok.

Pegawai Penyiasat Balai Polis Sungai Golok, Kol.Pol. Somchai Pearkan berkata dalam kejadian pukul 3.30 pagi waktu tempatan, mangsa, Muhammad Asshraf Zafri, dari Jalan Tepi Sungai, Rantau Panjang, Kelantan, maut akibat terkena satu das tembakan di bahagian kepala.

Katanya kepada Bernama, dalam kejadian pada awal pagi Isnin rakan mangsa, Muhammad Irfan Muhammad Zain, mengalami cedera parah akibat terkena tembakan di bahagian belakang badan dan dibawa ke hospital di wilayah berkenaan untuk rawatan.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar kejadian, polis berjaya menahan seorang suspek warga Thailand berusia 52 tahun di sebuah rumah di pekan Sungai Golok.

Sementara itu, Terengganu Times dalam tajuk yang disiarkan di laman portalnya mendakwa insiden berlaku disebabkan salah faham dalam urusan jual beli mercun.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-