Friday, July 24, 2015

Jelaskan penyelewengan 1MDB daripada gantung permit The Edge, kata Perkasa

OLEH DIYANA IBRAHIM

Published: 24 July 2015 6:10 PM
Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, Putrajaya seharusnya membuat penjelasan terlebih dahulu kepada rakyat apakah berlakunya dakwaan penyelewengan syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB). – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Julai, 2015.

Putrajaya seharusnya membuat penjelasan terlebih dahulu kepada rakyat apakah berlakunya dakwaan penyelewengan syarikat sarat hutang 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada bertindak menggantung permit akhbar harian dan mingguan The Edge Financial Daily dan The Edge, kata Perkasa.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, kenyataannya itu tidak bermaksud beliau berpihak kepada mana-mana pihak namun lebih kepada konsisten dalam pendiriannya mengenai skandal 1MDB .

"Mengenai penggantungan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya tidak menyatakan ia betul atau tidak.

"Saya mesti konsisten dalam isu 1MDB ini kerana ingin tahu kebenaran dan kerajaan perlu fokus sekarang untuk menjawab isu berbangkit daripada masalah skandal tersebut," katanya pada sidang media di Wisma Perkasa, di Kuala Lumpur hari ini. – 24 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jelaskan-penyelewengan-1mdb-daripada-gantung-permit-the-edge-kata-perkasa#sthash.1rBO1M4B.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-