Friday, July 3, 2015

Lagi orang Pas masuk DAP

Dua bekas aktivis PAS sertai DAP
KUALA LUMPUR, 3 JULAI: Dua bekas pemimpin muda PAS, Zulhazmi Shariff dan Mohd Shubihi Md Zain, memutuskan untuk menyertai DAP kerana mahu meneruskan usaha membawa perubahan positif kepada politik negara.

Zulhazmi adalah seorang peguam manakala Mohd Shubihi menguruskan perniagaan sendiri.

Walaupun aktivisme mereka berlatarbelakangkan Islam politik, mereka sedar bahawa DAP adalah parti demokratik sekular yang memperjuangan hak semua rakyat tanpa mengira gender, kaum dan agama.

Bulan lalu, seorang lagi aktivis muda PAS, Sheikh Omar Ali, telah menyertai DAP selepas kecewa dengan kepimpinan parti yang enggan bersikap terbuka dalam kerjasama bagi menentang UMNO-Barisan Nasional.

Kedua-dua mereka menyerahkan borang keahlian kepada wakil-wakil DAP, iaitu Pengerusi DAP Pahang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Majlis ringkas itu diadakan selepas majlis buka puasa anjuran Lip Eng di sebuah restoran di sini malam tadi.

Selain dua aktivis politik tersebut, remisier pelaburan saham, Syed Hidayat Syed Hassan, turut menyertai DAP.

Hadir sama di majlis tersebut adalah Adun Kampung Tunku, Lau Weng San, Penyelaras Inisiatif Impian Kelantan, Young Syefura (Rara), Ahli Majlis DAP Selangor Mohammad Samad, dan beberapa ahli DAP dan PKR, serta rakan-rakan dari PAS. – Roketkini.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-