HARAKAHDAILY
Kenaikan harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing sebanyak 10 sen dan 20 sen berkuatkuasa 1 Julai 2015, adalah hadiah hari raya Kerajaan Umno-BN untuk rakyat Malaysia.
Ia menjadi bukti bahawa Kerajaan Malaysia di bawah pimpinan Umno-BN akan terus membudayakan tekanan ke atas rakyat dengan pelbagaikan cukai dan kenaikan harga barangan bagi memastikan survival pemimpin-pemimpin mereka terjamin.
Kenaikan terbaru ini sama sekali tidak wajar dalam keadaan harga minyak dunia tidak memperlihatkan kenaikan ketara berbanding pada bulan April dan Mei lalu. Bahkan, harga minyak dunia mengalami sedikit penurunan sepanjang Jun berbanding harganya pada Mei lepas.
Kerajaan wajib berterus-terang menjelaskan bahawa hakikat kenaikan ini bukan didorong harga minyak dunia, tetapi sebenarnya dari akibat kemerosotan nilai ringgit berbanding dengan dollar. Pemimpin Umno ternyata berbohong dan memperbodohkan rakyat apabila menyatakan kejatuhan nilai ringgit baik untuk negara.
Ini termasuklah kenyataan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Ir. Hamim Samuri pada 14 Disember 2014, bahawa kejatuhan nilai ringgit dijangka menarik lebih ramai pelabur ke negara ini. Kerana katanya, nilai ringgit yang rendah berpotensi meningkatkan keuntungan mereka sekali gus membantu memulihkan ekonomi negara.
Rakyat negara ini juga bakal menyambut Hari Raya Aidil Fitri dalam tekanan kos pada Syawal ini. Petanda awal menunjukkan akan berlaku 'pesta' peningkatan harga barang secara meluas dari kesan berantai kenaikan harga petrol.
Pembayangnya boleh dilihat dari desakan pengusaha-pengusaha bas ekspres yang mendesak kerajaan menaikkan harga tambang bas sebelum Aidil Fitri ini. Sungguhpun kerajaan akan menangguhkan tuntutan tersebut, ia lazimnya akan ditunaikan jua dikemudian hari.
Malah penjual-penjual ayam sudahpun merungut kemungkinan kenaikan harga ayam berikutan kekurangan bekalan. Walaupun adanya penafian dari pihak Kementerian Asas Tani, kebiasaannya penafian hanyalah satu mainan politik.
Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak kerajaan untuk segera mengembalikan subsisi minyak yang ditarik balik kononnya kerana harga minyak berada di paras rendah.
Dalam sebarang keadaan, subsidi minyak dibekalkan kepada rakyat semenjak berpuluh tahun dulu tidak boleh ditarik balik sebagai satu lambang perkongsian keuntungan ke atas perniagaan minyak yang diambil dari hasil bumi negara ini. - HARAKAHDAILY
AHMAD FADHLI SHAARI
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-
-
kosmo.com.my Oleh KOSMO! 10 April 2024 Gambar hiasan PETALING JAYA – Segelintir umat Islam di negara ini memilih untuk meneruskan ibadah pua...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 18, 2024 2:15 PM Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan pada dasarnya bersetuju untuk m...
-
bharian.com.my Oleh Muhammd Zulsyamini Sufian Suri bhnews@bh.com.my - April 18, 2024 @ 10:42am Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Moha...
-
freemalaysiatoday.com FMT Reporters -19 Apr 2024, 12:14 PM Ismail Mohamed Said berkata beras, sardin dan tepung yang rosak itu dibeli untuk ...
-
Anne Muhammad Diterbitkan 25 Jul 2018, 8:13 malam Perpaduan dua parti Melayu - Umno dan PAS - sebenarnya boleh dilakukan namun terhal...
-
Dulu Wak ada dengar sorang MB yang suka dengan penyapu. Akhir nya dia pun kena sapu juge. Hingga terjatuh di timpa tangga. Sekarang kita d...
-
bharian.com.my Oleh Mohd Anwar Patho Rohman wananwar@bh.com.my Januari 8, 2023 Gambar fail, Perhimpunan Agung UMNO. - Foto Arkib NSTP M...
-
malaysiakini.com Diterbitkan: Apr 7, 2024 7:18 PM Pengeluar kasut Vern’s Holdings Sdn Bhd menjelaskan rekaan logo pada tapak kasut syarikat...
-
bharian.com.my April 5, 2024 @ 10:03pm Umat Islam berbuka puasa di dalam madrasah yang juga berfungsi sebagai masjid di Kampung Nayabans. - ...
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.