Saturday, July 4, 2015

Muhyiddin mahu dakwaan WSJ terhadap Najib disiasat

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tuduhan yang dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal terhadap Datuk Seri Najib Razak amat berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti beliau sebagai perdana menteri serta ketua kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 4 Julai, 2015.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa agar pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Muhyiddin berkata, beliau turut yakin, agensi penguatkuasaan akan menjalankan penyiasatan mereka dengan adil.

"Saya berpendirian pihak berkuasa penyiasatan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara perlu bertindak segera untuk menyiasat segala tuduhan yang dibuat terhadap Najib.

"Saya yakin siasatan mengenai perkara ini akan dijalankan secara terperinci, telus dan bebas demi mencari kebenaran," katanya, dalam kenyataan dikeluarkan di laman Facebook miliknya hari ini.
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung tuduhan akhbar The Wall Street Journal terhadap Datuk Seri Najib Razak di Facebook beliau. – Gambar Facebook, 4 Julai, 2015.Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, tuduhan yang dikeluarkan akhbar The Wall Street Journal (WSJ) terhadap Najib amat berat.

"Tuduhan ini amatlah berat kerana ia boleh menjejaskan kredibiliti dan integriti Najib sebagai perdana menteri dan ketua kerajaan.

"Isu ini juga menarik perhatian rakyat serta media antarabangsa dan pastinya menyentuh kepentingan awam," katanya dalam kenyataan itu.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/muhyiddin-gesa-najib-disiasat-selepas-pendedahan-wsj#sthash.pwjUgHBw.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-