Wednesday, July 29, 2015

PAS tidak nampak kewajaran Muhyiddin digugurkan

Dalam hal ini kita rasa perlu diberi sokongan moral kepada Muhyiddin, sesiapa yang dizalimi, kita memang sokong dalam mempertahankan hak mereka untuk mendapat keadilan, kata Mohd Amar. - Foto fail TRP

KOTA BHARU, 29 Julai:

PAS tidak akan campur urusan parti lain dan kerajaan yang ada sekarang, cuma merasakan perlu untuk Tan Sri Muhyiddin Yassin diberi keadilan.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata jikalau pengguguran itu semata-mata kerana beliau bersuara dan minta penjelasan tentang isu-isu yang berlaku, itu tidak patut kerana kerajaan perlu lebih bertanggungjawab.

Katanya perkara itu amat penting kerana ia adalah isu negara yang menyentuh integriti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Jadi saya merasakan amat wajar Muhyiddin meminta penjelasan dari kerajaan cuma dalam kes yang berlaku caranya sahaja yang mungkin tidak kena kerana beliau bercakap di luar kabinet.

“Bagaimanapun, mungkin beliau sudah menyuarakannya dalam kabinet dan itu kita tak tahulah,” katanya ditemui selepas Mesyuarat Exco di sini, hari ini.

Mengenai rombakan kabinet yang dilakukan semalam, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan berkata, ia membuktikan desas desus pergolakan serius di dalam UMNO.

Beliau berkata rombakan itu dilihat sebagai usaha PM untuk ‘bersihkan’ kabinet dari penentang-penentang dan mungkin juga sebahagian usaha untuk memadamkan isu yang berlaku dalam negara terutama isu 1MDB, pemecatan Peguam Negara dan sebagainya.

“Kita sendiri sebenarnya terkejut dengan pemecatan itu kerana kita tidak lihat kewajaran daripada tindakan itu.

“Dalam hal ini kita rasa perlu diberi sokongan moral kepada Muhyiddin, sesiapa yang dizalimi, kita memang sokong dalam mempertahankan hak mereka untuk mendapat keadilan.

“Sebagaimana kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu masa dipecat oleh (Tun) Dr M, kita bela beliau kerana tidak nampak sebab yang kukuh, begitu juga dalam kes terbaharu ini,” katanya.

Ditanya sekiranya ada ura-ura beliau (Muhyiddin) akan sertai PAS, Mohd Amar berkata perkara itu perlu ditanya kepada tuan punya badan.

Katanya: “PAS sentiasa terbuka dan jikalau sesiapa tidak boleh berada di dalam UMNO dan merasakan bersama kita (PAS) itu kita boleh pertimbangkan.”

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/07/29/pas-tidak-nampak-kewajaran-muhyiddin-digugurkan/#ixzz3hHidOGaL

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-