Friday, August 28, 2015

Anwar gesa rakyat selamatkan Malaysia dalam perutusan Merdeka

OLEH JULIA YEOW, PENGARANG BERITA
Published: 28 August 2015 2:12 PM


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perutusan Hari Merdeka beliau menggesa rakyat Malaysia supaya 'menyelamatkan negara' daripada krisis urus tadbir yang sistemik. – Gambar fail The Malaysian Insider, 28 Ogos, 2015.

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merayu kepada semua rakyat Malaysia untuk mengambil alih kawalan terhadap keadaan semasa negara bagi "menyelamatkan negara" daripada krisis urus tadbir yang sistemik.

Dalam perutusan Hari Merdeka yang dikeluarkan melalui peguamnya dan dimuat naik di laman blog beliau, Anwar menggesa rakyat Malaysia menyokong perhimpunan Bersih 4 esok bagi membendung keruntuhan negara dalam "gagasan menegak keadilan dan negara hukum".

"Gegaran Merdeka menandakan berakhirnya pemerintahan penjajahan curang kerana penindasan dan kezaliman.

"Merdeka juga mengusung gagasan besar dan keyakinan baru; menegak keadilan dan negara hukum serta memacu pertumbuhan dengan jaminan pengagihan saksama," katanya dalam mesej yang bertajuk 'Merdeka! Sokong Bersih!'.

"Walhasil, Merdeka 2015 dinodai keserakahan dan ketamakan; ekonomi meruncing dan kehidupan rakyat terus melarat.

"Terdapat ketempangan luar biasa di antara cita-cita luhur kemerdekaan dan sekatan ke atas kebebasan rakyat. Institusi hukum tercemar dan kesenjangan pendapatan terus melebar," kata bekas ketua pembangkang yang sedang dipenjara itu. – 28 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anwar-gesa-rakyat-selamatkan-malaysia-dalam-perutusan-merdeka#sthash.wI288ItE.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-