Sunday, August 16, 2015

............apabila orang Umno sendiri dah mula hilang kepercayaan nya.......

Pemuda Umno Tampin lulus usul gesa Najib letak jawatan

Published: 16 August 2015 5:52 PM


Usul yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang Azman Abdullah menggesa Najib berbuat demikian supaya keyakinan, cinta, dan kasih sayang Melayu dan Bumiputera terhadap Umno dapat dipulihkan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 16 Ogos, 2015.

Pemuda Umno Bahagian Tampin hari ini sebulat suara menerima dan meluluskan usul tergempar meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri dan presiden parti, lapor Sinar Harian Online.

Menurut portal berita itu, usul tersebut menggesa Najib berbuat demikian supaya keyakinan, cinta, dan kasih sayang Melayu dan Bumiputera terhadap Umno dapat dipulihkan.

Menurut portal itu, ia juga bertujuan memastikan supaya negara ini terus berada dalam genggaman kaum Melayu.

“Demi Melayu, Islam dan Malaysia, meminta Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden Umno agar keyakinan, cinta dan kasih sayang, khasnya orang Melayu dan Bumiputera, terhadap Umno dapat dipulihkan untuk memastikan kita orang Melayu sebagai pemilik negara tercinta ini terus menjadi pemerintah sampai bila-bila," usul tersebut dipetik sebagai berkata.

Usul yang dikemukakan oleh Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang Azman Abdullah itu disuarakan semasa Mesyuarat Perwakilan Pemuda Bahagian Tampin semalam.

Sejurus selepas ia dikemukakan, pengerusi tetap mesyuarat tersebut Mohd Salleh Yahaya bertanyakan kepada 200 ahli yang hadir mengenai usul itu dan perwakilan sebulat suara menyokong usul berkenaan.

Menurut Azman, usul berkenaan susulan tercetusnya isu yang menjejaskan integriti perdana menteri itu seperti isu derma RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya dan isu syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). – 16 Ogos, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/pemuda-umno-tampin-lulus-usul-gesa-najib-letak-jawatan#sthash.M0vIL8T0.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-