Monday, August 17, 2015

'Dedah identiti pemimpin Umno rancang guling kerajaan'

Khairy (tengah) berkata, pendedahan Ahmad Zahid berhubung rancangan menggulingkan kerajaan adalah serius dan tindakan segera perlu diambil untuk menghalang cubaan itu. - Foto Bernama

MELAKA, 17 Ogos:

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mahu identiti pemimpin Umno yang didakwa berhasrat bergabung dengan ahli parlimen pembangkang untuk menggulingkan kerajaan didedahkan.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, pendedahan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung rancangan itu adalah serius dan tindakan segera perlu diambil, agar cubaan berkenaan dapat dihalang.

“Kita perlu tahu siapa individu tersebut, lebih-lebih lagi ia melibatkan individu dalam Umno yang dikatakan hendak menggulingkan kerajaan dengan cara tidak sah.

“Cubaan itu dikaitkan dengan anggota parlimen dan selaku anggota parlimen, saya juga ingin tahu siapakah individu tersebut, supaya langkah berjaga-jaga dapat diambil, agar saya tidak dikaitkan dengannya,” kata yang juga Ahli Parlimen Rembau, selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Katil, semalam.

Dalam perkembangan lain, Khairy memaklumkan, pihaknya akan menyiasat dan meminta penjelasan Ketua Pemuda Umno Tampin berhubung usul meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan yang dikemukakan Ketua Pemuda Cawangan Kampung Ulu Ladang dalam mesyuarat perwakilan pada Ahad.

“Saya dimaklumkan ia adalah usul tergempar sebuah cawangan di Tampin dan bukannya pendirian Pemuda Umno Tampin…biasalah dalam mesyuarat perwakilan, kita (pemimpin) terpaksa berdepan pelbagai usul, termasuk berbentuk kritikan dan pedih, tetapi tidak bermakna ia pendirian Pemuda Umno Tampin,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/08/17/dedah-identiti-pemimpin-umno-rancang-guling-kerajaan/#ixzz3j2RJdd7b

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-