Monday, August 17, 2015

GULING KERAJAAN: Ada yang nak solat hajat, 20 nama MP BN sudah diketahui.........?

Guling kerajaan: Saya akan buat solat hajat!

WARTAWAN SINAR HARIAN
17 OGOS 2015

SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim akan mengadakan solat hajat bagi memohon petunjuk daripada ALLAH berhubung perbuatan menamakan namanya antara Ahli Parlimen BN yang menyokong untuk menggulingkan kepimpinan Perdana Menteri.

Bercakap kepada Sinar Online, Shahidan berkata, bermula malam ini, beliau akan meminta alim ulama untuk bersama-sama mengadakan solat hajat bagi menunjukkan kebenaran.

“Saya mohon kepada ALLAH, agar tunjukkan kekuasaannya yang lebih tinggi daripada perbuatan viral senarai nama Ahli Parlimen BN. Kita tengok kuasa ALLAH nanti, apa sangat kuasa viral mereka.

“Perbuatan viral ini adalah ‘stupid’ dan dungu,” katanya.

Sabtu lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan terdapat Ahli Parlimen BN yang menjadi dalang mengumpulkan sokongan dan membuat akuan bersumpah menggulingkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bagaimanapun semalam, Ahmad Zahid menjelaskan gerakan tersebut tidak melibatkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang digugurkan daripada kepimpinan Kabinet baru-baru ini.

Tambahnya, adalah sesuatu yang tidak masuk akal untuk bekerjasama dengan pembangkang menggulingkan kerajaan.

“Kalau mereka ada 87 kerusi, semestinya majoriti. Jadi siapa nak jadi Perdana Menteri kalau menjadi?” katanya.

Dalam masa sama Shahidan menegaskan akan melakukan perbuatan sama dengan mendedahkan nama penasihat dan penyokong Najib yang melakukan perkara ini, bagaimanapun beliau perlu mendapatkan nasihat orang agama.

“Bolehkah fitnah dibalas dengan fitnah, saya perlu tanya orang agama, kalau dia kata boleh, saya akan keluarkan nama mereka yang suka melihat Datuk Seri Najib dapat ramai musuh.

“Sepatutnya orang sebegini yang patut diterajang keluar Umno lebih awal.

“...dan saya percaya mereka keluarkan nama ini kerana percaya Ahli Parlimen BN ini mempunyai kehebatan tersendiri, sebab itu kena fitnah.

Hari ini 20 nama ahli parlimen BN yang dikatakan berkomplot untuk menggulingkan kerajaan di bawah pimpinan Najib mula tersebar.

Selain Shahidan, antara nama lain yang tersenarai ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh), Datuk Seri Shafie Apdal (Semporna), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Aziz Sheikh Fadzir (Kulim), Datuk Bung Mokhtar Radin (Kinabatangan) dan Khairy Jamaluddin (Rembau)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-