Wednesday, September 30, 2015

Bila cukai tinggi "wang adalah raja" bukan pilihan kita

oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad pernah berkata yang perdana menteri Najib Razak telah memberitahunya yang “wang adalah raja”, apabila berdepan dengan kritikan amalan kerajaan Barisan Nasional melakukan dasar pemberian wang tunai.

Najib sudah tentu tidak akan mengakui pernah berkata demikian, walaupun jumlah peruntukan kerajaan untuk bantuan kewangan sekali harung terus meningkat, dalam setiap bajet tahunan yang diumumkan.
Dia pastinya memahami yang walaupun menekankan yang Malaysia berada dalam jalan yang tepat bagi mencapai matlamat menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, masih terdapat jumlah besar penduduk yang akan menerima manfaat daripada bantuan sebegitu. Mereka yang terus bergelut hidup di bawah paras kemiskina dan yang merupakan kelompok pasak sokongan parti pemerintah.

Dia juga sangat memahami yang kelangsungan pentadbirannya akan sangat memerlukan sokongan mereka yang bergantung kepada bantuan kewangan seperti itu.

Agensi berita negara Bernama pada 29 September memetik kata-kata Najib yang mengesahkan sekali lagi kemampuan Malaysia untuk bertahan dalam krisis sosio ekonomi semasa dan bergerak terus dengan rancangan pembangunannya, ketika berucap di persidangan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global ke 5 di New York.

Bagi menyokong hujahnya, Najib memetik beberapa statitik yang seringkali diberikan di pentas tempatan mahupun antarabangsa- pengurangan defisit fiskal daripada negatif 6.7% pada 2009 kepada 3.2% tahun ini; 1.8 juta pekerjaan baru dibentuk; kadar kemiskinan turun kepada 0.6%; dan jangkaan 5% pertumbuhan ekonomi.

Dalam laporan berlainan laman berita Malaysiakini, Najib memberitahu sekumpulan pelajar Malaysia di New York yang rakyat Malaysia perlu bersedia membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi bagi membolehkan mereka menerima pendidikan percuma dan memenuhi desakan memansuhkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

“Kita boleh mengurangkan PTPTN, kita boleh memberikan pendidikan percuma, tetapi anda perlu meningkatkan cukai pendidikan. Di negara-negara Scandinavian, kadar tertinggi cukai pendapatan ialah 65%.

“Anda boleh mempunyai banyak benda tetapi adakah anda bersedia membayar sehingga 65% cukai pendapatan?” dia dipetik sebagai berkata.

Kadar cukai pendapatan di Malaysia sekarang dalam kadar 10 sehingga 25%, sementara di Norway dan Sweden, kadar cukai pendapatan ialah setinggi 39% dan 56.9%.

Kalau diberikan jaminan yang wang hasil kerja keras mereka akan dibelanjakan dengan baik seperti di Norway dan Sweden, rakyat biasa pastinya tidak akan membantah untuk membayar cukai pendapatan yang lebih tinggi- itupun sekiranya mereka perlu membayarnya.

Dalam kes ini, jumlah keseluruhan belajar di luar negara masih lagi lebih tinggi berbanding peningkatan cukai pendapatan.

Walaupun angka itu nampak memberangsangkan, apa yang Najib gagal ( atau tak mahu) memahami, adalah hakikat bahawa tidak ramai orang Malaysia yang layak membayar cukai dan menyumbang kepada perbelanjaan negara.

Kerana itulah pentadbiran Najib mengubahnya kepada sistem kutipan cukai kepenggunaan yang lebih meluas, Cukai Barangan dan Perkhidmatan untuk mengutip lebih banyak duit daripada penduduk.

Pada masa yang sama, dia juga gagal menunjukan pemahaman mendalam tentang konsep keuutamaan membelanjakan dana yang terhad.

Ini boleh dilihat dalam perbelanjaan mewah kerajaan dalam “majlis-majlis” dan perbelanjaan pengurusan, berbanding membelanjakan wang kepada pembangunan yang lebih penting.

Apabila “wang ialah raja” dan tiada kepastian bagaimana wang itu akan dibelanjakan, tidaklah mengejutkan yang walaupun orang yang mampu berbuat demikian tidak bersedia menyumbang kepada kitaran tunai yang hanya meletakan BN terus berkuasa, dan rakyat terus patuh.

Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Bila-cukai-tinggi-wang-adalah-raja-bukan-pilihan-kita#sthash.OYrprJWg.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-