Klik kelaman FB Wak Labu Farm

Friday, September 25, 2015

Ekonomi, ringgit pulih jika Najib tiada, kata Dr Mahathit

Published: 25 September 2015 6:57 PM
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Datuk Seri Najib Razak mesti berhenti menjadi perdana menteri. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 September, 2015.

Ekonomi dan mata wang negara hanya akan pulih jika Datuk Seri Najib Razak disingkirkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini.

Dalam tulisan di blognya, bekas Perdana Menteri itu berkata, jika mata wang dan ekonomi mahu dipulihkan, Najib mesti berhenti menjadi perdana menteri.

"Hanya apabila beliau berhenti menjadi perdana menteri Malaysia, ekonomi negara akan pulih, nilai ringgit meningkat semula dan kos sara hidup turun.

"Hanya selepas penyingkirannya rakyat Malaysia boleh berdiri sama tinggi dengan negara lain semula," kata bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu melalui blog popularnya chedet.cc hari ini. – 25 September, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/ekonomi-ringgit-pulih-jika-najib-tiada-kata-dr-mahathir#sthash.KCdQoWbq.dpuf