Thursday, September 24, 2015

Kaya sangat ke Malaysia sampai belanjakan RM550 juta untuk PLKN 2.0?

oleh Mike Tan
KOMEN: Seperti nasib buruk yang selalu muncul, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dijadualkan akan kembali!

Kali terakhir PLKN menjadi tajuk utama berita negara adalah pada Januari lepas, ketika kerajaan mengumumkan yang ia akan menangguhkan program itu selama setahun.

Alasan? Negara dalam keadaan sukar dan ada keperluan untuk menjimatkan RM400 juta daripada bajet tahunan sekiranya program itu ditangguhkan.

Perdana Menteri Najib Razak malah menggunakan jumlah itu dalam siaran langsung ke seluruh negara mengatakan, “ Program Latihan Khidmat Negara akan dibekukan pada tahun 2015, yang akan membolehkan kita berjimat sebanyak RM400 juta, bagi membolehkan penilaian semula dan penambahbaikan program itu.”
Mohamed Asri Yusof
Dan kini, tidak sampaipun setahun lagi, program itu akan digerakan semula. Menurut Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara Mohamed Asri Yusof, 400 pelatih akan menjalani latihan di Kem Princess Haliza di Sepang bermula 19 Okt.

Masih lagi tahun 2015, kan?

Mengapakah program itu dimulakan semula sebelum tahun ini berakkhir? Adakah negara sudah cukup baik sehingga kita mempunyai RM400 juta untuk dibelanjakan untuk sebuah program yang tidak diperlukan sehingga pernah ditangguhkan?

Tetapi itu bukan sahaja soalan yang kita perlu tanyakan.

Mohamed Asri juga berkongsi beberapa angka menarik berkaitan dengan PLKN, dikenali sebagai PLKN 2.0.

Pertama, dia berkata yang ia memerlukan sejumlah RM9,000 untuk seorang pelatih dalam masa tiga bulan dan di bawah program lama PLKN, 80,000 sehingga 90,000 pelatih dipilih setiap tahun.

Berdasarkan jumlah ini, kos latihan untuk tiga bulan akan menjadi RM720 juta sehingga RM810 juta, angka yang menghampiri RM1 bilion berbanding RM400 juta yang dikatakan Najib pada Januari.

Ini tidak termasuk lagi kos-kos lain- operasi, penyelenggaraan, pentadbiran, perancangan- keseluruhan program.

Jadi berapa banyak sebenarnya kita jimatkan, RM400 juta atau dua kali ganda daripada jumlah itu?

Memandangkan program itu akan bermula pada 19 Okt, kita tidak menjimatkan apa-apa! Hakikatnya, kita sudah mula mengeluarkan duit untuk program PLKN baru ini.

Jadi berapakah sebenarnya kos program baru ini?

Sekali lagi, menurut Mohamed Asri, jabatan itu berhasrat membelanjakan RM5,000 sehingga RM6,000 untuk seorang pelatih dalam tempoh dua bulan, kos penjimatan sekurang-kurangnya RM3,000 berbanding RM9,000 bagi PLKN lama.

Walaupun begitu, kos seluruhnya untuk program baru ini akan berjumlah antara RM550 juta sehingga RM 720 juta, pengurangan sebanyak RM260juta pada kadar jangkaan terbaik (80,000 pelatih berkos RM9,000 berbanding 110,000 pelatih berkos RM5,000).

Lebih buruk lagi, tiada penjimatan langsung (90,000 pelatih berkos RM9,000 berbanding 120,000 pelatih berkos RM6,000).

Tetapi tunggu dulu, kos baru ini berjumlah RM550 juta, jauh lebih banyak berbanding RM400 juta yang kerajaan dakwa diperlukan untuk dijimatkan sebelum ini!

Bagaimana pula dengan kos keseluruhan program baru ini, yang dijangka akan menawarkan lebih banyak modul- perpaduan, kesukarelawan, patrotisme, kesihatan, pembangunan peribadi, perancangan kerjaya, keselamatan dalam talian- berbanding program lama?

Pastinya lebih tinggi daripada RM550 juta. Malah sekiranya kita menetapkan kos latihan berjumlah RM550 juta, perkara ini nampak tidak masuk akal untuk rakyat Malaysia.

Bagaimana kerajaan mampu membelanjakan RM550 juta sekarang? Adakah ekonomi kita semakin baik berbanding Januari 2015?

Sekiranya benar kita mempunyai RM550 juta untuk dibelanjakan, kita sepatutnya membelanjakan ia ke dalam perkara lain untuk merancakkan ekonomi negara dan kesejahteraan kewangan kita. Kita tidak mampu membazirkan jumlah sebanyak itu ke atas program yang sangat dangkal sehingga ia pernah ditangguhkan kerana kurang penting.

Kerajaan perlu meneruskan penangguhan itu dan menjimatkan sekurangnya RM550 juta. Dan sekiranya kita memutuskan membatalkan langsung program itu, kita boleh berjimat lebih banyak.

Bagaimana kerajaan boleh melakukan pembaziran ini sedangkan banyak lagi keperluan lain? Dengan rekod skandal PLKN dan dakwaan korupsi, berapa banyak agaknya daripada jumlah RM550 juta ini akan masuk ke dalam kocek pihak tidak bertanggungjawab?

Nampaknya pihak berkuasa seolah-olah sedang berpesta ketika rakyat lapar dan menderita untuk terus hidup.

Adakah kerajaan kita berjaya mendapatkan pembiayaan tambahan sehingga ia mampu membiayai program yang berkos sekurang-kurangnya RM550 juta- RM110 juta atau 37.5 peratus lebih mahal- sedangkan kita tidak mampu berbelanja RM400 juta lapan bulan yang lalu?

Panggil saya sinik, tetapi ia seperti seorang pemberi derma asing memasukan RM2.6 bil ke dalam akaun peribadi anda dalam satu malam sahaja.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Kaya-sangat-ke-Malaysia-sampai-belanjakan-RM550-juta-untuk-PLKN-2-0#sthash.1ShIdPR4.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-