Monday, September 28, 2015

Kes bunuh Morais: Lapan suspek didakwa hari ini

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini 16 September lalu.

KUALA LUMPUR, 28 September:

Lapan suspek yang terlibat dalam kes pembunuhan Anthony Kevin Morais akan didakwa masing-masing di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan Mahkamah Majistret Jalan Duta hari ini.

Bernama melaporkan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata seorang daripada suspek dalam kes pembunuhan Timbalan Ketua Bahagian dan Bicara di Jabatan Peguam Negara itu akan didakwa di Petaling Jaya manakala selebihnya di Jalan Duta.

Mayat Morais, 55, ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di Persiaran Subang Mewah, Subang Jaya, dekat sini 16 September lalu.

Mendiang dilaporkan hilang pada 4 September dan kali terakhir dilihat meninggalkan pangsapurinya di Menara Duta di sini untuk ke pejabatnya di Putrajaya dengan menaiki kereta Proton Perdana nombor pendaftaran WA6264Q.

Pihak Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur sehingga kini belum dapat mengenal pasti punca kematian mangsa.

BACA: Ahli keluarga mahu tahu punca kematian Kevin Morais – Polis

Jumaat lalu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata waris mendiang Anthony Kevin Morais enggan menuntut mayatnya disebabkan mereka ingin tahu terlebih dahulu punca kematian.

Katanya, anggota keluarga mendiang Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara itu mahu mendapatkan pengesahan daripada Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur tentang perkara itu.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/28/kes-bunuh-morais-lapan-suspek-didakwa-hari-ini/#ixzz3mxUQj6xc

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-