Friday, September 25, 2015

PAS: Pakatan Harapan tiada harapan

Susan Loone Hari ini, 5:18 pm Hari ini, 5:39 pm
Tidak semua orang gembira apabila Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mengumumkan pentadbiran negeri itu kini dikenali sebagai kerajaan Pakatan Harapan.

Gabungan pembangkang di peringkat persekutuan itu membabitkan DAP, PKR dan Parti Amanah Nasional Negara (AMANAH) yang wujud daripada pecahan PAS.

Pada pandangan PAS Pulau Pinang, Pakatan Harapan kelihatan tidak seperti yang diharapkan rakyat menjadi pembangkang kuat serta pilihan kepada BN.

Setiausaha PAS Pulau Pinang Fadzil Mohd Kemi berkata keputusan bersama gabungan itu untuk melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri jika berjaya mengalahkan BN dalam pilihan raya umum ke-14 nanti juga tidak realistik.

"Mana mungkin sebab Anwar yang menjalani hukuman penjara lima tahun atas tuduhan meliwat dan tidak boleh bertanding dalam mana-mana pilihan raya sehingga habis tempoh pada Februari 2020.

"Beliau juga dilarang menyertai politik secara aktif selama satu penggan (atau lima tahun)," katanya kepada Malaysiakini.

Dalam keadaan begitu, Kata Fadzil, Pakatan Harapan kelihatan tidak memiliki pemimpin yang berkarisma untuk diangkat sebagai perdana menteri.

Pada masa sama, katanya Pakatan Harapan juga perlu mengumpul undi Melayu mencukupi bagi menawan Putrajaya.

Keadaan itu, katanya, tidak boleh terjadi tanpa PAS.

"Akar umbi Melayu menolak AMANAH kerana mereka dilihat sebagai pengkhianat kepada PAS. Orang Melayu tidak memandang ringan pengkhianat begitu saja," katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-