Wednesday, September 30, 2015

"Saya tua, saya tidak berapa sihat, tidak mampu berfikir, nyanyuk," - Tun M

Dr Mahathir membayangkan beliau berkemungkinan ditahan mengikut Akta Sosma. Foto TRP/ Siti Syahirah

KUALA LUMPUR, 30 September:

“Saya tua, saya tidak berapa sihat, tidak mampu berfikir, nyanyuk,” kata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara menyindir ketika membalas penyertaan kemungkinan dia akan ditahan selepas ini mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta Sosma 2012).

Mengulas mengenai penangkatan bekas Timbalan Ketua Bahagian Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Dr Mahathir yang mengulangi bahaya undang-undang yang dibentuk bagi membantu menentang keganasan, berkata sesiapa yang didapati bersalah di bawah undang-undang itu boleh menghadapi hukuman penjara seumur hidup.

“Definisi `sabotaj’ di bawah Akta itu tidak dinyatakan secara khusus dan kerana itu, kerajaan boleh menentukannya mengikut apa yang diingini.

“Saya mungkin ditahan di bawah undang-undang baru (Sosma) saya sendiri, dan mungkin terpaksa menghabiskan seluruh hidup saya di penjara. Malah, nyanyuk bukan alasan untuk memperkatakan perkara yang salah di bawah undang-undang ini.”

Perdana Menteri yang paling lama berkhidmat itu menambah, dia belum lagi dipanggil untuk disoal siasat oleh polis yang menyiasatnya di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana dakwaan membuat kenyataan berunsur hasutan pada perhimpunan Bersih 4, bulan lalu.

Beliau menegaskan, hakikatnya Sosma telah diluluskan oleh Parlimen bagi menggantikan yang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang tidak lagi digunakan, tetapi ia tidak `dikaji dengan teliti’.

“Dengan ISA, anda boleh disemak semula selepas dua tahun dan kadang-kadang anda juga boleh dikeluarkan sebelum tempoh yang ditetapkan, terpulang, tetapi dengan Sosma, anda boleh dipenjarakan seumur hidup dan itu adalah apa yang berlaku terhadap Khairuddin,” kata Dr Mahathir dalam sidang akhbar di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini, hari ini.

Khairuddin ditahan di kediamannya di Mont Kiara dua minggu lalu, berhubung siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Khairuddin, yang kemudian dibebaskan, ditahan semula di bawah Sosma selama 28 hari tanpa dibicarakan.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/09/30/saya-tua-saya-tidak-berapa-sihat-tidak-mampu-berfikir-nyanyuk-tun-m/#ixzz3nCFjajV2

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-