Thursday, September 24, 2015

Sistem pendidikan satu aliran gagal kerana pemimpin lemah

FMT Reporters

Zam mengkagumi dasar Lee Kuan Yew yang mengetepikan sentimen bangsa sendiri dan kaum lain untuk merealisasi sistem pendidikan kebangsaan satu aliran
PETALING JAYA: Malaysia perlu mempunyai pemimpin yang berwibawa tinggi seperti bekas Presiden Singapura, Lee Kuan Yew jika ingin melaksanakan sekolah satu aliran.

Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata, negarawan negara seberang tambak itu sanggup mengetepikan sentimen bangsa sendiri dan kaum lain demi merealisasi sistem pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Inggeris.

Usaha itu bukan mudah, kerana beliau telah ditentang hebat golongan cauvanis Cina khususnya Dewan Perniagaan Cina yang mahukan bahasa ibunda mereka dinaik taraf selepas berpisah daripada Malaysia.

“Untuk menyekat mereka dari meneruskan usaha mengangkat taraf Bahasa Cina,LKY telah menemui jawatankuasa semua dewan Cina di bawah pancaran kaca TV dan memberikan amaran kepada mereka bahawa beliau tidak akan membenarkan sesiapapun mengexploitasikan Bahasa Cina sebagai isu politik.

“Berikutan dengan itu beberapa orang cauvanis Cina berasal dari Malaysia telah lari balik ke Malaysia.

“Kejayaan Singapura meinggeriskan rakyatnya sehingga keperingkat LKY sendiri bimbang dengan deracination and de-culcuralisation yang akan menyebabkan tiap kaum di Singapura melupakan akar umbi mereka.Maka itu dilancarkan pula kempen re-ethnicisation, ” tulisnya di zamkata.blogspot.com

Katanya lagi, langkah yang telah dibuat mendiang menyebabkan sentimen perkauman di kalangan generasi baru di pulau itu tidak menjadi isu kerana mereka telah pun disatukan oleh Bahasa Inggeris yang membangunkan perasaan “Singaporean Singapore”

Mengulas lanjut mengenai perbandingan di negara ini, Zainuddin atau nama penanya Zam berkata, usaha itu tidak berjaya kerana kepimpinan negara tidak ada keberanian dan kemahuan politik yang kuat untuk melakukannya.

Meskipun kerajaan telah cuba memperbaiki kelemahan yang berlaku tetapi tiada ketegasan.

Beliau memberi contoh penggunaan Bahasa Inggeris untuk pengajaran sains dan matematik yang telahpun ditentang oleh fanatik bahasa Melayu dan cauvanis Cina.

“Ahli-ahli Pelajaran Cina memberitahu saya inilah yang paling di takuti oleh mereka kerana akan memberikan nilai ekonomi kepada aliran kebangsaan dan akan memberi kesan buruk kepada sekolah-sekolah Cina kerana orang Cina yang pragmatik dan practical minded pasti akan menghantar anak mereka ke Sekolah Kebangsaan kerana tidak mahu membuang masa persekolahan dan menjamin masa depan.

“Jika ini berlaku maka sekolah Cina akan mati dengan sendirinya dan inilah sebabnya mereka bersama dengan gulongan fanatik Bahasa Melayu menentang rancangan untuk melaksanakan pengajaran matematik dan sains dalam Bahasa Inggeris.

“Jika dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan maka mereka akan ketinggalan.Fanatik Bahasa Melayu tidak nampak kesan positifnya, komen Zam dalam tulisnya.

Menyentuh mengenai sekolah aliran Tamil, beliau berkata ia tidak mendatangkan isu kerana kelemahan kewangannya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-