Friday, October 9, 2015

2 Kanak-kanak Orang Asli ditemui selamat

Dua daripada 7 kanak-kanak Orang Asli yang hilang sejak Ogos di dalam hutan di Kelantan ditemui selamat berhampiran Sungai Perias di Gua Musang, hari ini.

The Star melaporkan mereka adalah Norieen Yakob, 10 dan Mirsudial Aluj, 11, yang merupakan kanak-kanak paling tua di antara mereka yang hilang dari SK Tohoi pada 23 Ogos.

Mereka didapati dalam keadaan kekurangan zat makanan dan dihantar ke hospital besar Gua Musang, kata laporan itu.

Semalam, pihak berkuasa mengesahkan penemuan mayat reput sebagai milik Sasa Sobrie, 8, di Sungai Perias kira-kira 500 meter dari asrama SK Tohoi.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, ahli keluarga Sasa mengenal pasti mayat berkenaan berdasarkan kepada tanda yang terdapat padanya.

Polis berkata lebih banyak rangka manusia ditemui petang semalam di tepi sungai tetapi masih belum mengesahkan jika ia milik kanak-kanak yang hilang.

Tujuh kanak-kanak, berusia antara 7 dan 11 tahun, dipercayai melarikan diri dari asrama sekolah kerana takut akan tindakan disiplin oleh guru mereka kerana mandi di sungai. – 9 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/2-kanak-kanak-orang-asli-selamat-ditemui#sthash.nyxEMfuY.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-