Thursday, October 8, 2015

Amanah bukan boneka DAP, hanya kongsi prinsip sama, kata pimpinan parti

Pimpinan Amanah bersetuju bahawa perkongsian prinsip yang sama tidak menjadikan PH sebagai boneka DAP.
KUALA LUMPUR, 7 Oktober:

Pakatan Harapan (PH) meraih lebih RM40,000 menerusi majlis makan malam amal manakala pimpinannya bercakap mengenai kemungkinan pakatan itu akan menumbangkan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum akan datang.

Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, beliau bersetuju dengan prinsip yang turut dikongsikan dengan DAP tidak menjadikan parti itu sebagai boneka DAP.

“Ia adalah berkenaan dengan prinsip, kita boleh memiliki prinsip yang sama dan ia tidak menjadikan kita sebagai boneka.

“Penubuhan parti politik baru berdasarkan prinsip yang dibawa,” katanya pada majlis makan malam amal Amanah, hari ini.

Ditanya mengapa majlis terbabit diadakan di Kuil Thean Hou, beliau berkata ia menjadikan Amanah lebih ‘Malaysia’ dengan berbuat demikian.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Pusat Amanah Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tiada sebarang isu mengenai sokongan terhadap undang-undang Syariah dalam PH kerana terdapat ‘salah faham’ berhubung undang-undang itu.

“Biasanya perundangan syariah hanya sempit kepada kanun keseksaan atau Hudud tetapi ia sebenarnya objektif kepada penguatkuasaan keadilan,” katanya.

Katanya, Amanah perlu disokong di atas prinsip Islamiknya.

“Anda menyokong kami berdasarkan pengakuan bahawa Islam akan merahmati kita semua.

“Kita akan membawakan Islam yang lebih inklusif, progresif. Islam yang adil kepada semua masyarakat berbilang kaum,” katanya.

Seorang lagi AJK Pusat Amanah, Khalid Samad berkata, pengundi bukan Islam tidak perlu takut Amanah akan menjadi ‘satu lagi Pas’.

“Kami telah menunjukkan komitmen kepada prinsip PH terhadap keadilan dengan meninggalkan Pas, ia adalah bukti terbaik.

“Bukan mudah untuk meninggalkan Pas kerana saya bersama parti itu selama 32 tahun, sejak 1983.

“Banyak yang telah saya lalui bersama parti itu, saya pernah ditahan dibawah ISA, dipukul oleh polis ketika demonstrasi hingga tangan saya bengkak seminggu dan juga terkena gas pemedih mata di kepala,” katanya.

Katanya, pemimpin ini memainkan peranan penting dengan membawa parti tradisional seperti Pas ke arus perdana politik Malaysia.

“Tetapi sebaik sahaja Pas mungkir janji, tidak lagi berpegang kepada janji dalam kerjasama, mengkhianati parti komponen lain.

“Kami beralih daripada parti yang teruk kepada parti yang lebih teruk,” katanya.

Katanya, mereka meninggalkan parti itu kerana komited dengan prinsip PH.

“Jika akhirnya kami seperti Pas, maka tiada ertinya kami meninggalkan Pas,” katanya.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/07/amanah-bukan-boneka-dap-hanya-kongsi-prinsip-sama-kata-pimpinan-parti/#ixzz3nu1ImPKt

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-