Friday, October 9, 2015

Apakah harga yang perlu dibayar kanak-kanak orang asli untuk pendidikan?


oleh Mariam Mokhtar
SEKILAS PANDANG: Kehilangan tujuh kanak-kanak Orang Asli (OA) mengingatkan kita penduduk bandar yang kanak-kanak orang asal melakukan pengorbanan besar untuk mendapatkan pendidikan.

Nasib mereka mengingatkan kita kepada anak-anak gadis kaum Penan, yang dirogol oleh pemandu lori balak di hutan Sarawak pada tahun 2008. Apakah pengorbanan anak-anak ini untuk belajar?

Kanak-kanak OA adalah mangsa ketiadaan penjagaan, oleh pihak sekolah; gadis-gadis Penan pula musnah hidup mereka, ada yang semuda 10 tahun.

Adakah mereka yang bertanggungjawab, akan dibawa ke muka pengadilan? Sangat sukar terjadi. Gadis Penan itu malah tidak menerima pampasan daripada pihak berkuasa.

Kanak-kanak OA, yang keluar daripada rumah pada usia tujuh tahun, dinafikan kehidupan keluarga, keselesaan rumah sendiri, dan persekitaran masyarakat yang menjadi kebiasaan mereka. Begitu juga, gadis-gadis Penan itu, yang telah dirogol, apabila mereka menumpang pemandu lori balak, untuk pergi ke sekolah, bergantung nasib kepada lelaki-lelaki penyangak ini, yang mengambil kesempatan kerana mereka naïf dan rapuh.

Ketua pemuda Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan Dendi Johari, dan ibubapa tujuh orang kanak-kanak yang hilang itu, terdesak mahu mencari kanak-kanak itu, tetapi harapan semakin pudar.

Enam minggu lalu pada 23 Ogos, tujuh kanak-kanak,yang berusia dari tujuh sehingga 11 tahun, hilang daripada asrama sekolah mereka di Pos Tohoi, 50 km dari Gua Musang. Pos Tohoi hanya boleh dimasuki dengan kenderaan 4WD. Sekolah menyediakan asrama dan pendidikan untuk kanak-kanak OA, kerana kampung mereka jauh di pendalaman, dan kekurangan kemudahan, seperti sekolah.

Enam orang kanak-kanak perempuan ialah Mirsudiar Aluj,11, Norieen,10, Ika Ayel,9, Sasa Sobrie, 8, Linda Rosli,8 dan Juvina David,7. Satu-satunya kanak-kanak lelaki ialah Haikal Yaacob berusia lapan tahun.

Kanak-kanak itu, bersama 16 orang pelajar lagi, telah pergi berenang di sungai berhampiran, tanpa memberitahu guru mereka. Bimbang dihukum, kanak-kanak itu seterusnya melarikan diri ke dalam hutan. Mereka kemudian hilang tanpa jejak.

Menurut Malaysian Insider (MI), ibubapa kanak-kanak yang hilang itu mendakwa anak-anak mereka telah diculik, kemungkinan besar oleh penyeludup organ.

Dendi mendakwa yang kanak-kanak kadang kala akan melarikan diri pulang ke kampung mereka, ketika hujung minggu, untuk berjumpa keluarga mereka. Tetapi mengesahkan ia sangat jarang berlaku, kerana kanak-kanak itu selalunya akan dibawa pulang, semasa cuti persekolahan, oleh Jabatan Pembangunan Orang Asli (Jakoa).

Dia juga mendakwa yang sekiranya “kanak-kanak itu meninggalkan sekolah, ia bermakna mereka mahu kembali ke rumah dan pastinya akan selamat sampai”.

Adakah ponteng satu kebiasaan di sekolah itu?

MI melaporkan yang “kanak-kanak itu dilihat meninggalkan kawasan asrama sewaktu masa rehat jam 10 pagi, tetapi gurubesar, tidak menyedari kehilangan mereka sehinggalah jam 6 petang.”

Kehilangan mereka hanya disedari selepas lapan jam. Ahad ialah hari persekolahan di Kelantan. Mengapa guru-guru tidak menyedari ketiadaan mereka, selepas rehat, atau ketika makan tengahari?

The Star melaporkan yang kanak-kanak itu memasuki hutan, pada jam 2pagi hari Ahad, kerana bimbang dihukum kerana pergi berenang.

Tidak ada sesiapakah yang mencari masa sebenar kehilangan mereka? Para guru nampaknya tidak menyedari ketiadaan mereka sewaktu sarapan, atau di dalam kelas. Tidak ada sesiapakah yang melihat kanak-kanak itu keluar pada jam 2 pagi?

Pada 4 Okt, Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi mengumumkan yang misi mencari dan menyelamat akan meliputi kawasan bandar berhampiran kerana kanak-kanak itu mungkin telah diculik dan dikurung di sana.

Masa berharga sudah hilang, kerana pihak berkuasa mengenetepikan kebimbangan ibubapa, yang dibuat lima minggu lepas, tentang kemungkinan anak-anak mereka diculik.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/Apakah-harga-yang-perlu-dibayar-kanak-kanak-orang-asli-untuk-pendidikan#sthash.Ah43mzT3.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-