Thursday, October 22, 2015

Apakah Mahathir bakal menerima nasib seperti Khairuddin & Matthias Chang

Oleh Shahbudin Husin
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan bahawa tiga kertas siasatan telah dibuka terhadap Tun Mahathir atas dakwaan menghasut.

Katanya, pihak polis membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan itu berikutan dua laporan polis yang diterima iaitu di Jinjang dan Kelang.Dalam jawapan bertulisnya di Parlimen, Ahmad Zahid menambah, kertas siasatan itu telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk ulasan dan arahan selanjutnya selepas siasatan selesai dijalankan.

Tidak disangkal lagi dakwaan siasatan terhadap Tun Mahathir itu ialah berikutan kelantangannya mengkritik Najib Razak serta tidak henti-henti menggesanya meletakkan jawatan, terutamanya berkaitan isu 1MDB dan wang derma RM2,600 juta.Dalam melancarkan serangannya, selain bekas Perdana Menteri itu menekankan perlunya Perdana Menteri berundur, turut juga membuat beberapa dakwaan seperi "Najib merasuah pemimpin UMNO", "Najib mencuri wang" dan sebagainya.

Dengan pengesahan Ahmad Zahid ini, persoalan yang menjadi tanda tanya ialah apakah nasib Tun Mahathir selepas ini?Apakah beliau akan ditangkap dan didakwa di mahkamah sepertimana nasib yang sudah menimpa Khairuddin Abu Hassan Mathias Chang sebelum ini?Adakah selain disiasat di bawah Akta Hasutan, Tun Mahathir juga akan ditahan dibawah undang-undang Sosma?
Apakah kita juga akan melihat dalam waktu terdekat ini Tun Mahathir, seorang bekas Perdana Menteri yang banyak berjasa dan dilabel sebagai negarawan ulung, akan bergari tangan akhirnya?Adakah semua ini merupakan tindakan balas untuk mendiamkan Tun Mahathir daripada terus melakukan serangan dan kritikan terhadap Najib?

Atau, ia sekadar gertakan kepada ramai yang lain agar berhenti daripada bersama-sama dan menyokong Tun Mahathir?Selepas Tun Mahathir, siapa lagi mangsa seterusnya?Dari sudut yang lain, ramai yang mula bertanya, sampai ke peringkat itukah yang Najib sanggup lakukan kepada Tun Mahathir semata-mata untuk mempertahankan kerusi Perdana Menterinya?

Sanggup dan tergamakkah Najib berbuat demikian terhadap Tun Mahathir yang diketahui banyak berjasa kepada perjalanan karier politiknya?Benarkah ini menandakan Najib sekarang ini sanggup berbuat apa saja demi menyelamatkan kedudukannya?Tetapi, persoalan paling pokok ialah apakah Najib pasti dapat menyelamatkan kerusi dan kedudukannya dengan berbuat demikian terhadap Tun Mahathir? -BlogSpot

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=348912:apakah-mahathir-bakal-menerima-nasib-seperti-khairuddin-matthias-chang&Itemid=2#ixzz3pIksxbIe
Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-