Saturday, October 24, 2015

Bajet 2016: Kurang untuk penjawat awam tetapi lebih buat rakyat - Penganalisis

Pembentangan bajet 2016 memberi fokus kepada rakyat keseluruhan bagaimanapun tiada 'durian runtuh' buat kakitangan kerajaan.

KUALA LUMPUR, 24 Oktober:

Bajet 2016 adalah pelan tindakan mengurus kewangan yang mapan dalam membantu rakyat menghadapi bebanan kos sara hidup, kata Ahli Geostrategi Universiti Teknologi Malaysia, Prof Dr Azmi Hassan.

Menurutnya, walaupun kadar kewangan yang terhad, pembentangan bajet 2016 memberi fokus Edit kepada rakyat keseluruhan bagaimanapun tiada ‘durian runtuh’ buat kakitangan kerajaan.

“Pemberian khas sebanyak RM500 dalam bajet kali ini dan RM250 buat pesara kerajaan sudah dianggap baik memandangkan peruntukan bajet yang terhad,

“Namun bagi saya pengumuman gaji minimum dalam bajet kali ini adalah kemahuan rakyat untuk meningkatkan pendapatan sehingga ke kadar RM1,500 menjelang tahun 2020,” katanya kepada The Rakyat Post.

Jelasnya lagi, walaupun sebelum ini Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) mengharapkan pengumuman tiga bulan bonus namun, pemberian khas itu sudah cukup untuk dimanfaatkan oleh 1.6 juta penjawat awam dan 700,000 pesara kerajaan.

Bagi Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood, walaupun penjawat awam sedikit kecewa namun terdapat intensif lain yang boleh mengembirakan mereka.

Menurutnya, pengumuman bajet petang tadi diibaratkan sebagai usaha inovasi dalam pelan penyusunan semula inisiatif penjawat awam termasuklah pengumuman gaji minimum.

“Menaikkan kadar dari RM900 kepada RM1,000 sebulan untuk pekerja di Semananjung dan RM800 kepada RM920 sebulan bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan memang sudah lama dinanti-nantikan,

“Walaupun tiada bonus tetapi kerajaan tetap membatu penjawat awam melalui inisiatif kenaikkan tangga gaji tahunan mengikut gred,” katanya ketika dihubungi The Rakyat Post.

Beberapa inisiatif lain untuk penjawat awam yang diumumkan dalam bajet 2016 adalah, gaji permulaan terendah dalam perkhidmatan awam ditetapkan kepada RM1,200 sebulan yang akan dimanfaatkan 60,000 penjawat awam, selain itu penambahbaikan 252 skim perkhidmatan untuk 406,000 penjawat awam.

Bagi pesara kerajaan pula, kadar pencen minimum RM950 sebulan yang melibatkan hampir 50,000 orang dengan sekurang-kurangnya 25 tahun tempoh perkhidmatan dilihat sebagai langkah yang menarik.

Dalam pada itu, Bajet 2016 turut memasukkan pegawai lantikan ‘Perkhidmatan Kontrak’ yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun dalam perkhidmatan awam juga akan dilantik secara tetap.

Read more: http://bm.therakyatpost.com/berita/2015/10/24/bajet-2016-kurang-untuk-penjawat-awam-tetapi-lebih-buat-rakyat-penganalisis/#ixzz3pPV0eZBC

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-