Friday, October 30, 2015

Bancian Umno: 80% mahu tindakan ke atas pemimpin 'derhaka'

Bancian dalaman Umno mendapati sekurang-kurangnya 154 daripada 191 ketua bahagian mahu majlis tertinggi parti bertindak terhadap pemimpin parti yang didakwa ‘menderhaka’.

Bagaiamanapun bancian yang dijalankan di kalangan 170 pemimpin bahagian menerusi aplikasi chat di Telegram tidak menyebut sebarang nama.

Namun, akhbar The Star melaporkan Ketua Umno bahagian Kapar Faizal Abdullah tidak menolak bahawa pemimpin yang didakwa itu adalah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, timbalan presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan naib presiden Datuk Seri Shafie Apdal.

"Sentimen menyeluruh mereka aadalah cukuplah apa yang dilakukan," kata Faizal yang dipetik akhbar harian berbahasa Inggeris itu.

Menurutnya, bancian itu dijalankan tidak lama selepas Muhyiddin membidas sesetengah pemimpin sebagai pengecut kerana ketika negara dalam keadaan kelam-kabut di waktu ini beliau sahaja yang berani bersuara untuk memperbetulkan keadaan.

"Mereka kecewa kerana Muhyiddin menuduh kami sebagai pengecut hanya kerana tidak bersetuju dengannya dan memilih untuk menyokong presiden," kata Faizal.

Pentadbir kumpulan chat bancian itu, Ketua Umno Temerloh Datuk Sharkar Shamsuddin, pula dilaporkan berkata kini terpulang kepada majlis tertinggi untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

[Baca berita penuh]

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-