Thursday, October 8, 2015

Bekas setiausaha politik Dr Mahathir ditahan di bawah Sosma

OLEH NABIHAH HAMID
Matthias Chang yang merupakan peguam kepada Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan polis di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012 di Balai Polis Dang Wangi.Gambar YouTube, 8 Oktober, 2015.

Peguam kepada bekas pemimpin Umno Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, Matthias Chang kini ditahan polis atas Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma) 2012, kata isterinya.

Menurut Datin Seri Umi Khalsum Rahmad Ali yang lebih dikenali sebagai Umie Aida, beliau mendapat tahu mengenai penahanan itu melalui mesej pesanan ringkas dihantar bekas setiausaha politik kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

"(Matthias Chang) Baru ditangkap di bawah Akta Sosma di Balai Polis Dang Wangi, Mathhias beritahu saya melalui sms," kata Umie kepada The Malaysian Insider.

Umie yang bimbang dengan penangkapan peguam suaminya kini pasrah dengan tindakan pihak berkuasa dan hanya berserah kepada Tuhan.

"Saya hanya mampu berdoa, saya tidak tahu apa nasib abang pada 13 Oktober ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Penahanan Chang turut disahkan peguamnya Mohd Akmal Afiq Mohammad yang datang bersamanya untuk melawat Khairuddin di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi jam 2 petang tadi.

"Kami melawat anak guam kami 2 petang tadi, sejurus habis melawat kira-kira jam 2.30, Pegawai Bukit Aman ASP Muniandy menahan Mathias di bawah Sosma mengikut Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, sama seperti Khairuddin,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Akmal berkata, Chang akan ditahan 24 jam bermula hari ini dan penahanan 28 hari hanya dapat dibuat selepas polis mendapat kelulusan daripada sekurang-kurangnya pegawai polis berpangkat superintenden.

Beliau berkata, pihaknya akan membuat permohonan menentang penahanan Sosma di mahkamah secepat mungkin. – 8 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/bekas-setiausaha-politik-dr-mahathir-ditahan-di-bawah-sosma#sthash.lHFkw8NP.dpuf

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.

ANDA JUGA INGIN MEMBACA INI :-